zesh.rahman
Zesh Rahman diguggurkan

Oleh Ku Mohd Lufti

Skuad liga Super, Pahang mengambil keputusan untuk menggugurkan kesemua pemain import mereka dan digantikan dengan yang baru bagi menghadapi baki saingan musim 2016.

Dalibor Volas, Naj Potokar, German Pachecho dan Zesh Rehman dilepaskan Tok Gajah selepas mendapat persetujuan kedua dua pihak.

Tok Gajah sah mengikat Faysal Shayesteh dari Afghanistan, Pablo Andres Vranjican (Argentina), Claudio Andres Meneses (Chile) dan Jailton de Campos Dos Santos (Brazil).

Keempat empat pemain import ini sudah berkampung di Kuantan sebulan setengah untuk sesi percubaan bersama sama Tok Gajah.

Malah, prestasi mereka turut berjaya menarik perhatian panel dan ketua jurulatih sekaligus di[ilih untuk bermain bersama Pahang.

Pahang juga mendapatkan khidmat bekas penjaga gol kebangsaan dari Kedah, Helmi Eliza Elias untuk mengemudi gawang Tok Gajah.

Pahang kini menghuni tangga ke-11 daripada 12 pasukan selepas tamat pusingan pertama Liga Super musim ini.

- Advertisement -