Barisan pemain pemain yang mewakili negara di Kejohanan Ragbi Asia Bawah 19 tahun 2016(Top Division) yang akan diadakan di Stadium Kompleks Sukan UPM Serdang. Foto - Sukandaily
Barisan pemain pemain yang mewakili negara di Kejohanan Ragbi Asia Bawah 19 tahun 2016(Top Division) yang akan diadakan di Stadium Kompleks Sukan UPM Serdang. Foto – Sukandaily

Keputusan Thailand menarik diri di saat akhir memberi penghormatan kepada pasukan Bunga Raya untuk dinobatkan sebagai juara Divisyen 1 2015 dan terus mara ke peringkat lebih tinggi dalam Kejohanan Ragbi Asia U19 2016. Sebelum itu di dalam kumpulan Divisyen 1 adalah pasukan Korea Selatan menduduki tangga teratas diikuti oleh Thailand, Malaysia di kedudukan ke-3 dan seterusnya Filipina yang perlu bersaing sebelum mara ke peringkat lebih tinggi di dalam Kejohanan Ragbi Asia U19 2016. Pasukan Korea Selatan dan Filipina telah terlebih dahulu menarik diri untuk bertanding maka pasukan Bunga Raya hanya perlu berentap bersama Thailand selanjutnya.

Setelah situasi di saat akhir ini, sudah pasti persediaan yang singkat buat pasukan Bunga Raya untuk memberi cabaran kepada pasukan yang lebih tinggi. Berada di kelompok teratas dalam kumpulan saingan Kejohanan Ragbi Asia U19 2016 bersama Hong Kong, Sri Lanka dan Chinese Taipei ternyata pasukan tuan rumah harus mengandakan usaha. Namun bukan mustahil bagi para pemain pasukan Bunga Raya yang sentiasa bersedia padu di bawah program pembangunan oleh Kelab Ragbi COBRA sejak 2014.

Wakil dari Kesatuan Ragbi Malaysia En. Raimi bin Mohd. Yusof(kiri),Tn Mohd Rafiq Shariff Pengarah Projek Yayasan Rakyat 1 Malaysia, Lt.Kol(B) Tommy Periera Presiden Kelab Rugby Cobra dan En. Tan Tian Jin Pengurus Pasukan Ragbi Bawah 19 tahun Kebangsaan semasa penyerahan bendera kebangsaan yang telah berlangsung di rumah Kelab Ragbi Cobra, Petaling Jaya. Foto - Sukandaily
Wakil dari Kesatuan Ragbi Malaysia En. Raimi bin Mohd. Yusof(kiri),Tn Mohd Rafiq Shariff Pengarah Projek Yayasan Rakyat 1 Malaysia, Lt.Kol(B) Tommy Periera Presiden Kelab Rugby Cobra dan En. Tan Tian Jin Pengurus Pasukan Ragbi Bawah 19 tahun Kebangsaan semasa penyerahan bendera kebangsaan yang telah berlangsung di rumah Kelab Ragbi Cobra, Petaling Jaya. Foto – Sukandaily

Untuk rekod, pada 2014 pasukan Bunga Raya berada di dalam kumpulan Divisyen 2 di kedudukan ke-3 setelah tewas kepada pasukan Thailand dengan kutipan mata 21-10 di dalam pusingan separuh akhir. Malaysia menewaskan Filipina dengan kutipan mata 28-17 dalam saingan kedudukan ke-3 & ke-4. Sekiranya pasukan Bunga Raya mampu membuktikan kejayaan di dalam kejohanan yang akan berlansung ini secara tidak lansung berpeluang melayakkan diri ke Kejohanan Dunia Ragbi U20 pada 2017 nanti.

Sidang media yang telah diadakan di rumah Kelab COBRA ini turut menyaksikan majlis penyerahan Jalur Gemilang diberikan kepada pengurus Pasukan Ragbi Bawah 19 tahun; Encik Tan Tian Jin dan barisan pemain pasukan Bunga Raya U19 yang diperkenalkan. Majlis ini juga turut dihadiri oleh pihak Yayasan Rakyat 1Malaysia selaku penaja yang telah berkerjasama dengan kelab ragbi COBRA dalam program pembangunan ragbi bawah 19 tahun ini sejak 2014.

Kejohanan Ragbi Asia U19 2016 akan diadakan di Stadium Kompleks Sukan Universiti Putra Malaysia, Serdang pada 11,14 dan 17 Disember 2016 . Sri Lanka menjadi pasukan pertama yang akan menjadi tentangan pertama buat pasukan tuan rumah. Para peminat sukan ragbi tanah air dijemput hadir untuk memberikan sokongan padu pada pasukan Bunga Raya. Masuk adalah percuma.

- Advertisement -