Temasya Sukan Komanwel 2018 bermula secara rasmi selepas majlis upacara pembukaan temasya yang berlangusng empat tahun sekali itu dilangsungkan di Stadium Carrara, Gold Coast petang tadi.

Dengan temas ‘Share The Dream’ upacara pembukaan disaksikan lebih 35 000 penonton tempatan dan luar negara dan melibatkan 4 000 tenaga kerja yang terlibat untuk persembahan.

Selain perarakan masuk 71 negara negara Komanwel, salah satu keunikan majlis perasmian pembukaan adalah persembahan Teater Tarian Banggara dan Ricki Lee Coulter.

Temasya yang memasuki edisi ke 21 tahun ini bakal mempertandingkan 275 acara yang melibatkan 18 jenis sukan.

Australia menurunkan lagenda sukan negara itu; Susan O’ Neil (renang), Brad McGee (berbasikal), Kurt Fearnly (paralimpik)Brent Livermore (hoki)dan Sally Pearson (100m berpagar)untuk membawa baton komanwel.

Manakala wakil atlet yang bertanding ; Brendan Williams (Republik Dominica) Natalie du Toit (Afrika Selatan), Alison Shanks (New Zealand), Nicole Forrester (Kanada) Colin Gregor dan Rhona Toft dari (Scotland) pula diberi peranan untuk membawa bendera Persekutuan Sukan Komanwel (CGF).

Persembahan bunga api menjadi simbolik kepada kemuncak perasmian pembukaan Sukan Komanwel selepas Putera Charles memberi ucapan rasmi sekaligus memberi petanda, misi pemburuan pingat bermula secara rasmi.

 

- Advertisement -