jdt.pkns.4

Oleh Ku Mohd Lufti

Pengendali PKNS FC E Elavarasan akur dengan keputusan yang terhasil di Stadium Shah Alam malam tadi menyaksikan The Red Ants terlepas peluang untuk melakar sejarah sebagai pasukan berstatus kelab menjulang trofi Piala FA.

Segalanya tampak baik apabila pasukannya memperoleh gol awal, namun bukan tugas mudah untuk mempertahankannya apatah lagi bermain dengan pasukan yang baik.

ā€œKami mula melakukan kesilapan selepas JDT menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti. Ada kesilapan yang berlaku di posisi pertahanan dan penjaga gol, G Jeevanathan terpaksa keluar untuk bertindak.ā€

ā€œDi pihak kami, pemain pemain mencipta penalti tetapi di pihak JDT , kami memberikan penalti, itu yang membezakannya.ā€ Kata E Elavarasan ketika siding media selepas perlawanan Final malam tadi.

Hanya yang menjadi persoalan di fikiran Elavarasan adalah keputusan pengadil perlawanan yang dilihat menjadi faktor kepada gol kedua JDT.

ā€œGol kedua agak menjadi isu. Tiada wisel ditiup dan permainan diteruskan begitu sahaja. Sepatutnya jika permainan dihentikan, kami perlu menunggu keputusan pengadil tetapi permainan diteruskan begitu sahaja. Itu adalah peluang yang JDT manfaatkan.ā€ Tambah E ELavarasan lagi.

Malah, Elavarasan melihat keputusan mungkin memihak kepadanya jika dua peluang keemasan dipenghujung perlawanan dimanfaatkan dengan sebaik baiknya.

Selain kesilapan pemain, Elavarasan turut melihat tekanan dialami sebahagian pemain pemain kerana tidak bermain seperti biasa.

- Advertisement -