jdt.pkns.2

Oleh Ku Mohd Lufti

Gergasi selatan tanah air, Johor Darul Takzim menepati ramalan untuk muncul juara Piala FA 2016 selepas menewaskan PKNS FC 2-1 di Stadium Shah Alam.

Penyerang import Argentina, Jorge Pereyra Dias muncul wira Harimau Selatan apabila meledak gol kemenangan JDT di minit ke 15.

Meskipun bermain didepan lebih 73 penonton yang majoritinya merupakan penyokong JDT, The Red Ants nyata tidak gentar.

Anak didik E Elavarasan terlebih dahulu mencipta gerakan untuk merobek gawang JDT.

Hasilnya, diminit ke 6 PKNS FC dihadiahkan sepakan penalti selepas salah seorang pemainnya dikasari pemain pertahanan JDT Mohd Aidil Zafuan Abd Razak.

Gabriel Miguel Guerra tidak melepaskan peluang terhidang untuk menewaskan Izham Tarmizi sekaligus meletakkan PKNS FC didepan 1-0.

Jorge Pereyra Diaz yang menjadi tunjang serangan JDT mengurangkan tekanan rakan sepasukan apabila memberikan penalti untuk pasukannya di minit ke 15 selepas beliau dijatuhkan penjaga gol PKNS, G Jeevanathan.

Kapten JDT, Safiq Rahim tidak mensia siakan peluang untuk menewaskan Jeeva sekaligus mengikat kedudukan 1 sama.

Kedudukan berubah dengan giliran JDT mendahului saingan menerusi jaringan Jorge Pereyra Diaz di minit ke 35 perlawanan  sekaligus menutup babak pertama dengan kelebihan memihak skuad kendalian Mario Gomez 2-1.

Beraksi di atas padang basah akibat hujan sepanjang petang nyata merencatkan rentak permainan kedua dua pasukan.

PKNS FC memperkemaskan rentak permainan untuk memburu gol penyamaan, namun barisan pertahanan JDT kental menyerap asakan lawan.

10 minit terakhir perlawanan, PKNS FC seharusnya berjaya mencipta gol apabila dihidangkan dua peluang keemasan, namun Mathias Jadua dan Juan Manuel Cobelli yang hanya berdepan penjaga gol JDT Izham Tarmizi gagal menemui penyudah.

Kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan sekaligus memastikan JDT muncul juara Piala FA bagi edisi ke 27.

- Advertisement -