wong-tat-meng

Oleh Ku Mohd Lufti

Jodoh di antara jurulatih perseorangan wanita negara, Wong Tat Meng dengan Persatuan Badminton Malaysia tidak berpanjangan selepas beliau membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontraknya bersama BAM.

Tat Meng memilih untuk berhijrah ke Scotland dan menjadi ketua jurulatih badminton negara itu.

Menurut kenyataan oleh Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost, Tat Meng telah membuat keputusan untuk menerima tawaran sebagai ketua jurulatih Badminton Scotland.

Bekas pemain kebangsaan berusia  49 tahun itu dijangka menandatangani kontrak empat tahun dan bermula pada awal Januari.

“Jurulatih di Malaysia menjadi tumpuan dan permintaan di seluruh dunia dan ia merupakan perkembangan dan pengiktirafan yang baik.

BAM terasa pemergian seorang jurulatih yang berpengalaman, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.” kata Frost.

Wong Tat Meng sebelum ini merupakan jurulatih bagi acara perseorangan namun BAM mengubah tugasannya kepada perseorangan lelaki.

Manakala kekosongan yang ditinggalkan Tat Meng diisi Sairul Amar Ayob yang memulakan tugasnya Oktober lalu.

- Advertisement -