viet-nam-malaysia-5
Pictures courtesy of Vietnam Football Federation

Oleh Ku Mohd Lufti

Impian skuad bawah 19 tahun negara untuk ke peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Sepak AFF Bawah 19 Tahun tidak kesampaian apabila tewas 1-3 kepada tuan rumah, Vietnam pada perlawanan terakhir Kumpulan A malam tadi.

Vietnam muncul juara kumpulan selepas mengumpul 10 mata, 1 mata mengatasi Timor Leste yang menamatkan saingan kumpulan di tangga kedua selepas melakar kejayaan mengalahkan Singapura 2-0 dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung di Hang Day Stadium.

Vietnam membuka tirai gol menerusi Tran Duy Khanh pada minit ke-13 yang juga merupakan gol tunggal dibabak pertama.

Tuan rumah semakin selesa Doan Van Hau melebarkan kedudukan kepada 2-0 pada minit ke-80, namun Malaysia mengurangkan defisit gol menerusi Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew pada minit ke-90.

Nguyen Tien Linh menutup sisa perjuangan Malaysia apabila menjaringkan gol ketiga untuk negaranya.

Malaysia menamatkan saingan peringkat kumpulan, dengan 6 mata berjaya diraih susulan dua kemenangan dan dua kekalahan.

- Advertisement -