2016_bwf_world_junioOleh Ku Mohd Lufti

Pasukan badminton remaja negara mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Remaja Berpasukan Campuran Dunia.

Malaysia yang membelasah Mexico 5-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan E1 pada Rabu lalu, diberi kemenangan percuma selepas lawan bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Zambia menarik diri daripada kejohanan itu.

Saingan pusingan kedua, Malaysia akan berdepan juara Kumpulan E2, Republik Czech untuk memburu slot ke perlawanan suku akhir.

Acara berpasukan akan berakhir Ahad ini sebelum kejohanan tahunan itu diteruskan dengan acara individu.

Sebagai rekod, Malaysia pernah menjuarai acara berpasukan ketika ia diadakan di Taiwan pada 2011 dan pernah muncul juara dalam kesemua acara individu itu kecuali beregu wanita sejak kejohanan tersebut diperkenalkan pada 1992.

- Advertisement -