Melaka-UnitedOleh Muhammad Aiman

Walaupun pembentukan skuad bagi musim baru masih diselubungi krisis keyakinan di kalangan pemain, ia tidak menghalang Melaka United untuk kekal dengan sasaran menjulang satu trofi dalam musim pertama mereka kembali beraksi di Liga Super.

Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datoā€™ Seri Idris Haron berpendapat sasaran itu relevan dengan pelaburan besar mereka bagi memperkuatkan skuad sekaligus meletakkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) tinggi buat pengendali baru, Eric Williams.

Ianya jelas berbeza dengan sasaran Williams yang dilantik menggantikan Mat Zan Mat Aris pada minggu lalu ā€“ dia dilihat lebih berhati-hati dengan menyatakan adalah penting untuk membina kestabilan pasukan terlebih dahulu agar dapat memberi tentangan sengit dan menjadi pencabar utama saingan Liga Malaysia.

Idris bagaimanapun berkata, ā€œBagi saya ini adalah satu cabaran yang saya tetapkan kepada skuad dan tiada yang boleh dianggap sebagai mustahil. Sama ada ianya Piala Malaysia, Piala FA mahupun Liga Super, saya percaya kualiti untuk menjulang satu piala itu ada.

ā€œKehadiran Williams telah membawa satu nafas baru kepada pasukan dengan pendekatan taktikal baru, jadi kita berupaya membuat kejutan,ā€ katanya

Williams, jurulatih berusia 61 tahun yang membina karier kejurulatihan di Perseman Manokwari (Indonesia) dan kemudiannya cemerlang bersama Yangon United di Myanmar akan mengendalikan sesi latihan pertamanya bersama skuad Melaka pada Isnin.

Namun dia tidak akan mempunyai skuad penuh sehingga 29 November depan memandangkan sebahagian besar pemain dan pegawai ketika ini berada di Mekah bagi menunaikan umrah sebagai ganjaran menjuarai Liga Premier musim 2016.

Bagaimanapun, sama ada Williams akan mempunyai sebuah skuad untuk dilatih menjelang hujung bulan atau perlu menanti lebih lama tetap menjadi persoalan besar bukan sahaja kerana mereka telah menggugurkan sebahagian besar pemain musim lalu, malah pemain mahu dikekalkan juga masih dalam dilema mahu menerima atau tidak kontrak yang ditawarkan.

Semuanya gara-gara beberapa janji yang tidak tertunai selain pudarnya keyakinan terhadap pengurusan yang disifatkan sebagai ā€˜lebih sudu dari kuahā€™ dan kurang profesional sehingga ramai yang telahpun membuat keputusan angkat kaki. Ā Ā Ā Ā 

- Advertisement -