wee.wern

Oleh Ku Mohd Lufti

Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Al Ahram di Mesir selepas menundukkan pemain daripada pusingan kelayakan, Fiona Moverley.

Nicol hanya memerlukan 28 minit untuk melakar kemenangan straight games ke atas wakil England itu dengan keputusan 11-8, 11-7 dan 11-9.

Pemain ketiga dunia ini akan menentang seorang lagi wakil England, Sarah-Jane Perry pada perlawanan suku akhir, Rabu ini.

Nasib berbeza dialami pemain nombor dua negara, Low Wee Wern apabila gagal melepasi pusingan pertama apabila tewas kepada pemain nombor lapan dunia, Omneya Abdel Kawy dalam pertarungan selama 48 minit.

meskipun menang di dua set pertama namun Wee Wern gagal menyaingi Omneya selepas bertarung lima set dengan keputusan 11-8, 11-3, 14-16, 10-12 dan 6-11.

Berdasarkan format pertandingan, pemenang pusingan pertama layak ke peringkat suku akhir.

Malaysia tidak menghantar wakil lelaki ke kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$100,000 (RM415,000).

- Advertisement -