Malaysia membuka kempen saingan Piala Uber kumpulan C dengan langkah kiri selepas tewas 2-3 kepada Denmark.

Mata pertama milik Denmark menerusi perseorangan pertama Mia Blichfeldt y6ang tidak berdepan masalah menundukkan S Kisona dengan kemenangan straight set 21-14, 21-15.

Gandingan Pearly Tan- M Thinaah menyuntik semangat kem negara apabila mengikat kedudukan 1-1 selepas menundukkan Maiken Fruergaard – Sara Thygesen 21-19, 21-19.

Semangat Malaysia semakin membara apabila giliran perseoranga kedua, Goh Jin Wei menyumbang mata kedua negara selepas melakar kemenangan dalam aksi tiga set ke atasĀ Line Christophersen 21-12, 11-21, 21-5.

Denmark bagaimanapun mengikat kedudukan 2-2 apabila bergu kedua Alexandra BĆøje-Amalie Magelund melakar kemenangan straight set ke atas Anna Cheong-Teoh Mei Xing 21-14, 21-10.

Line HĆøjmark Kjaersfeldt memastikan kemenangan untuk Denmark dalam aksi perseorangan ketiga selepas menundukkan pemain muda negara, Myisha Mohd Khairul 21-12, 21-9.

Malaysia akan menentang tuan rumah Thailand, petang esok jam 3 petang waktu Malaysia.

- Advertisement -