Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Sumber Manusia Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya mengesahkan sebuah venue baru sedang dibina sebagai salah satu venue bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

Lapangan sasar dalam proses pembinaan dan akan menjadi venue bagi acara menembak di SUKMA 2018 nanti.

“Yang betul betul baru sebenarnya hanya lapang sasar. Yang lain semuanya naik taraf.  Di Perak ini semuanya sudah ada.

“Banyak prasarana sukan, dewan dan venue venue di daera daerah. Jadi yg betul betul baru adalah lapang sasar sahaja di Chepor, diantara Ipoh dan Chemor,”kata Shahrul.

Sebanyak RM 160 juta diperuntukkan dibawah Unit Perancangan Ekonomi untuk menaik taraf venue venue sedia ada dan membina venue baru bagi penganjuran SUKMA 2018 nanti.

Tambahnya lagi, Perak bercadang untuk mengadakan kejohana pra SUKMA seperti yang dilakukan oleh penganjur bagi temasya Sukan SEA ke 29.

Sementara itu, Datuk Shahrul turut mengesahkan permintaan untuk memasukkan sukan kanu telah ditolak atas persetujuan ketika mesyuarat jawatankuasa tertinggi SUKMA 2018.

“Keputusan telah dibuat oleh Jawatankuasa Tertinggi SUKMA, ini bukan keputusan Perak. Tuan rumah hanya mencadangkan dengan mengambil kira permintaan negeri negeri dan keputusan telah dibuat.

“Jawatan kuasa Tertinggi SUKMA 2018 diiwakili oleh semua negeri negeri dan ianya merupakan keputusan yang konsesus. Perak hanya mencadangkan, namun negeri negeri lain berhak utk menyuarakan pendapat mereka tentang sukan sukan yang perlu dimasukkan,”katanya lagi.

bagi penganjuran SUKMA 2018, sebanyak 29 sukan dipertandingkan dimana 19 daripadanya merupakan sukan wajib manakala 10 lagi sukan pilihan.OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -