Hasrat untuk bergu lelaki negara, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin Rumsani untuk menaiki podium selaku juara di kejohanan Badminton Asia yang berlangsung di Ningbo, China tidak kesampaian apabila tewas dalam aksi tiga set di tangan pilihan ketiga tuan rumah, Liang Wei Keng – Wang Chang.

Selepas menundukkan bergu nombor satu negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik di pentas separuh akhir semalam, Sze fei dan Izzuddin tampak yakin untuk mencari keputusan positif di pentas final sekaligus menamatkan penantian untuk menjulang trofi kejuaraan.

Namun Wei Keng – Wang Chang tampak lebih bersemangat dan lebioh konsisten dihadapan penyokong sendiri apabila menemui rentak permainan yang kemas selepas rehat di set pertama untuk menang 21-17.

Fei – Din mempamer aksi yang lebih kemas di babak kedua untuk mengekang setiap asakan pemain tuan rumah sekaligus melangkah keluar dari gelanggang dengan kemenangan 21-15 untuk mengheret permainan ke set penentuan.

Diawal set, segalanya tampak cemerlang buat Sze Fei dan Izzuddin namun Wei Keng – Wang Chang nyata sukar untuk digugat apabila meninggalkan pasangan negara dengan jurang yang besar sebelum menang 21-10 sekaligus memastikan kejuaraan menjadi milik China.

- Advertisement -