18 pemain terbaik dipilih untuk bertanding di Perlawanan Akhir pada 6 Julai

JBFA raikan kemenangan buat kali ketiga berturut-turut pada Kem Bola Sepak Junior Allianz (AJFC) Liga Malaysia 2019 untuk Wilayah Selatan dengan kemenangan 2-0 ke atas CIMB Melaka Juniors di Stadium Hang Tuah pada hujung minggu yang lalu.

Kedua-dua gol telah dijaringkan oleh Muhammad Ateep pada minit ke-25 dan Muhammad Aimman pada minit ke-60. Pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, SMK Kem Terendak mengalahkan Gelang Patah FC 2-1 untuk menduduki tempat ketiga bagi Wilayah Selatan. Perlawanan tersebut berakhir pada separuh masa pertama apabila kesemua tiga gol dijaringkan dalam 45 minit pertama perlawanan.

Kemenangan kali ketiga berturut-turut telah menggembirakan jurulatih pasukan tersebut, Zainuddin Osman, yang memuji pasukannya. “Saya sangat gembira dengan kemenangan kami buat kali ketiga berturut-turut untuk pertandingan ini. Secara keseluruhannya, saya sangat berbangga dengan pencapaian pemain-pemain saya dan ini akan menjadi platform yang kukuh untuk membentuk sebuah pasukan yang cemerlang pada masa hadapan.”

Selepas berakhirnya perlawanan akhir, 18 pemain terbaik telah dipilih untuk membentuk pasukan Wilayah Tengah. Pasukan tersebut bakal bertanding menentang pasukan dari lima wilayah lain pada Perlawanan Akhir dari 4 hingga 6 Julai di Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Subang Jaya.

Di Perlawanan Akhir,pemain-pemain akan beraksi untuk memenangi hati panel pemilih AJFC Liga Malaysia yang diketuai oleh bekas pemain antarabangsa, K. Gunalan untuk menjadi salah seorang daripada sepuluh pemain yang dipilih untuk menyertai Kem Explorer Allianz – Edisi Bola Sepak di Singapura dari 23 hingga 26 Julai.

Di kem tersebut, pemain-pemain akan mengambil bahagian dalam sesi latihan dan bertanding untuk merebut dua tempat untuk menyertai Kem Explorer Allianz – Edisi Bola Sepak di Munich pada 22 hingga 27 Ogos dimana mereka berpeluang dilatih oleh jurulatih belia FC Bayern Munich di lokasi latihan pasukan tersebut di Säbener Strasse.

18 Pemain Terbaik untuk Wilayah Selatan

Penjaga-penjaga gol: Muhammad Faris (Gelang Patah FC), Muhammad Adib Azfar (CIMB Melaka Juniors); Pemain pertahanan: Muhammad Syazwan (SMK Kem Terendak), Muhammad Akid (SMK Kem Terendak) Che Wan Firdaus (CIMB Melaka Juniors), Muhammad Karm Darwis (Gelang Patah FC), Muhammad Nasrul Fahmi (JBFA), Mohamad Adam Huzaimy (SMK Bandar Putra); Pemain Tengah: Muhamad Thaqeef Eman (SMK Bandar Putra), Muhammad Aqil Hazwan (CIMB Melaka Juniors), Derrick Chua (CIMB Melaka Juniors), Mohamad Dannie Hazriq (Gelang Patah FC), Mohamad Asraf (SMK Kem Terendak); Penyerang: Muhammad Nazim Haiqal (SMK Tun Haji Abdul Malek), Muhammad Hanif (CIMB Melaka Juniors),Mohamad Fakhrul Izumi (SMK Kem Terendak), Aiman Hakim (Gelang Patah FC), Ahmad Irfan Najami (CIMB Melaka Juniors)

AJFC telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2012 dan dibuka untuk pemain-pemain bola sepak remaja berumur 14 hingga 16 tahun.

Untuk mengetahui maklumat AJFC Liga Malaysia 2019 yang terkini, layari laman web rasmi allianzfootball.com.mu atau ikuti laman Facebook dan Instagram Allianz Malaysia: facebook.com/AllianzMalaysia dan instagram.com/allianzmalaysia

- Advertisement -