Kami sudah bersedia – Ahmad Mustafa

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/04/kami-sudah-bersedia-ahmad-mustafa">
Twitter
Pinterest

Berbaki lima hari menjelang saingan jelajah berbasikal terbesar di rantau Asia Tenggara, Le Tour de Langkawi 2019, persiapan kini memasuki fasa akhir dan berjalan mengikut perancangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Le Tour de Langkawi 2019, Datuk Ahmad Mustafa berkata pihak penganjur, Human Voyage Sdn Bhd sudah bersedia untuk menerima kehadiran pasukan.

“Daripada segi persediaan kita untuk menganjurkan perlumbaan ini, kita sudah bersedia untuk menguruskan perlumbaan ini sebaik mungkin.

“Untuk Makluman, pelumba pelumba akan mula datang secara berperingkat bermula Rabu ini (3 April 2019) sehingga Jumaat,” kata Datuk Ahmad Mustafa ketika sidang media pengumuman penutup jalan raya di sekitar Pulau Pinang bersempena Le Tour de Langkawi 2019.

Pulau Pinang akan menjadi hos bagi perlumbaan peringkat keenam yang akan bermula dari perkarangan Dewan Dato Ahmad Badawi, Bagan menuju ke Alor Setar, Kedah melibatkan jarak perlumbaan sejauh 130.8 kilometer pada 11 April 2019.

Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang, Soon Lip Chee nyata gembira dengan pemilihan negeri itu sebagai salah satu daripada laluan yang terdapat dalam saingan jelajah berstatus 2.HC edisi ke 24 tahun ini.

“Pihak kerajaan Negeri Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana memilih negeri ini sebagai salah satu lokasi bagi kejohanan yang berprestij sekaligus menjadikan Pulau Pinang tumpuan bagi peminat sukan seluruh dunia,”kata Soon.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis diRaja Malaysia (PDRM) IPK Pulau Pinang, DSP Zafri Zolkapli menjelaskan kerjasama diantara PDRM di Pulau Pinang dan agensi lain akan diterapkan bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan perlumbaan peringkat keenam ketika itu.

“Kita ada bantuan daripada unit trafik dari seluruh Pulau Pinang dan jumlah dianggarkan 200 orang, tidak termasuk daripada agensi lain seperti Jabatan Pertahanan Awam dan RELA,”kata Zafri.

Penutupan laluan bermula jam 12.00 tengah malam pada 11 April melibatkan laluan di perkarangan Dewan Dato Ahmad Badawi.

Manakala penutupan laluan secara berperingkat akan mula dilaksanakan melibatkan 12 laluan antara Bagan Ajam, Telok Air Tawar, Titi Mukim, Permatang Pak Elong dan Permatang Sintok.

Peminat sukan di Malaysia dan Eropah boleh mengikuti siaran langsung perlumbaan selama 90 minit dan rangkuman harian selama 30 minit di saluran RTM dan Eurosports di sepanjang lapan hari acara. Penganjur menganggarkan jangkauan liputan ke lebih 100 negara membabitkan 310 juta penonton televisyen dan 70 juta lagi menerusi Cycling.TV.

Pelbagai acara sampingan dan acara berbentuk karnival akan dianjurkan untuk menarik kehadiran dan penyertaan orang ramai si sepanjang laluan dan juga venue mula dan penamat.

 

Nama Jalan / Kawasan Tempoh Penutupan
Mula Tamat
 

PULAU PINANG

 

6:30 AM 12:00 PM
 

Jalan Kampung Gajah –  Bagan Ajam – Teluk Air Tawar – Titi Mukim – Permatang Pak Elong – Permatang Sintok – Permatang Tok Loba – Kepala Batas – Lahar Ikan Mati – Permatang Tinggi A – Bumbung Lima – Kampung Jambatan Merdeka

 

 

Please follow and like us:
0