Adik idam ‘langgar’ abang

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/07/adik-idam-langgar-abang">
Twitter
Pinterest

 

Kapten Perak, Shahrul Saad mengakui dia memiliki misi peribadi selain mahu membantu Perak menamatkan penantian 15 tahun untuk menjulang Shopee Piala FA menjelang aksi final bertemu Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Sabtu ini.

Shahrul,26, berkata, dia memasang impian untuk memintas rekod peribadi kejayaan bekas pemain Perak, Syamsul yang juga merupakan abang kandung tonggak pertahanan Harimau Malaya itu.

Sepanjang karier Syamsul, dia telah berjaya merangkul empat trofi bermula dengan kejayaan memenangi Piala Malaysia 1998 disusuli Liga Perdana (2002 dan 2003) yang kini dikenali sebagai Liga Super dan Piala FA pada 2004.

Mengulas lanjut, Shahrul yang meraih trofi sulung iaitu Piala Malaysia ketika menewaskan Terengganu musim lalu, berazam untuk memintas pencapaian terbaik milik abangnya.

Sebagai rekod, kali terakhir Perak menjulang Piala FA ketika menewaskan Terengganu 3-0 pada tahun 2004.

“Saya selalu berkongsi cerita dengannya (Syamsul) dan dia antara pencetus semangat buat saya memberikan persembahan lebih baik.

“Selain misi membantu Perak, saya juga memasang impian untuk menyamai atau mengatasi rekod peribadi milik abang saya pada suatu hari nanti.

“Berkenaan final malam esok, saya percaya kami akan turun habis-habisan dan saya berharap kejayaan akan memihak kepada Perak nanti,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar tanpa berselindung mengakui SNBJ bukanlah satu gelanggang tuah buat dirinya menjelang aksi final Shopee Piala FA 2019 bertemu Perak, malam esok.

Kegusaran Baddrol itu hadir selepas SBNJ menjadi saksi apabila Kedah tunduk kepada Negeri Sembilan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam tempoh 120 minit.

Justeru, Baddrol berharap insiden tersebut tidak akan berulang dan tuah akan memihak kepadanya ketika dia memimpin skuad Helang Merah menentang Perak malam esok.

“Saya mengharapkan pemain Kedah dapat memberikan yang terbaik pada malam esok dan fokus habis-habisan dalam misi menjadi juara Shopee Piala FA 2019.

“Saya masih mengingati kenangan duka pada tahun 2010 di mana kami hampir mendakap trofi tetapi dikecewakan dengan penentuan sepakan penalti. Jadi, ingatan itu masih kuat lagi,” katanya yang memburu gelaran keempat peribadi Shopee Piala FA.

Please follow and like us:
0