Persiapan selama empat tahun, kini masa yang dinanti sudah tiba buat skuad bawah 16 tahun negara dalam misi memburu slot ke Piala Dunia Bawah 17 di Peru tahun depan.

Namun, skuad kendalian Lim Teong Kim tampak berdepan laluan berliku kerana perlu berdepan Jepun, Tajikistan dan Thailand bagi saingan peringkat kumpulan A.

Bagi Teong Kim, tiada rahsia yang perlu disimpan kerana beliau tahu pasukan lain punya formula tersendiri untuk menghadapi lawan masing masing.

“Banyak gajet dan alat elektronik masa kini. Semua orang tahu kekuatan dan kelemahan kami dan tiada rahsia yang perlu disimpan,”kata Teong Kim.

Apa yang menjadi keutamaan pengendali berusia 55 tahun ini adalah memanfaatkan kelebihan beraksi dilaman sendiri.

“Saya sukan bermain di laman sendiri. Ia tidak sepatutnya menjadi tekanan kepada pemain pemain. Kita ingin menang perlawanan esok untuk memastikan permulaan yang baik.

“Mereka seharusnya memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri dengan sebaiknya,”katanya lagi.

Aksi pembukaan kumpulan A, Malaysia akan berdepan Tajikistan petang esok diikuti perlawanan menentang Thailand pada 23 September dan aksi ke atas Jepun pada 26 September sekaligus melengkapkan jadual peringkat kumpulan.

Kesemua perlawanan berlangsung pada jam 43.0 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pemenangan Kejohanan Bolasepak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bawah 16 Tahun layak secara automatik ke Piala Dunia Bawah 17 di Peru pada 2019 

Ini adalah penampilan kelima skuad bawah 16 tahun negara dalam saingan AFC B16 dimana pencapaian terbaik adalah melangkah ke peringkat suku akhir pada 2014. KU MOHD LUFTI 

 

 

- Advertisement -