Oleh Ku Mohd Lufti

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengabadikan kejayaan atlet paralimpik negara yang memenangu pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 September lalu menerusi koleksi setem.

Setem yang berharga 95 sen setiap satu, menggambarkan imej tiga atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang memenangi emas acara 100m (T36), Muhammad Ziyad Zolkefli bagi acara lontar peluru (F20) dan Abdul Latif Romly, lompat jauh (T20), bertemakan “Golden Moments in Paralimpik Rio 2016”.

Selain setem, turut dilancarkan, Sampul Surat yang berharga RM0.55, serta folder yang berharga RM6.35 setiap satu.

Peminat peminat juga boleh mendapatkan set lengkap setem pada harga RM23.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata koleksi itu dilancarkan untuk menghormati atlet paralimpik atas sumbangan mereka kepada negara.

“Mereka mengorbankan masa dengan keluarga mereka dan menghadapi pelbagai cabaran untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.

“Kita dalam Pos Malaysia, akan sentiasa menyokong mereka dan pasukan Malaysia, oleh itu penggunaan cop pembatalan dalam bentuk maskot Tiger Malaysia untuk siri setem ini,”

Selain Datuk Mohd Shukrie, turut hadir di majlis tersebut, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

- Advertisement -