2016 celcom axiata Malaysia Open - logo W650xH230Oleh Ku Mohd Lufti

Jaguh perseorangan negara, datuk Lee Chong Wei tidak rela berputih mata dilaman sendiri sekaligus terlepas peluang untuk merangkul kejuaraan ke 11 Kejohanan Badminton Superseries Premium Terbuka Malaysia yang akan membuka tirai pada 5 April.

Pemain ranking ke 3 dunia ini tidak mahu memandang jauh terhadap sasarannya, sebaliknya mahu menumpukan satu perlawanan demi satu perlawanan.

Malah, kekecewaan tersingkir awal di dua kejohanan sebelum ini sesuatu yang tidak merisaukan pemain kelahiran Pulau Pinang ini, tetapi Datuk Lee Chong Wei lebih menumpukan untuk meningkatkan tahap keyakinannya.

“Yang penting adalah sebelum Olimpik Rio adalah dapatkan keyakinan. Saya tahu, bukan jurultih sahaja yang risau, ramai pihak yang resah susulan kekalahan saya di dua perlawanan sebelum ini. Tapi saya harap mampu untuk menang di kejohanan lain sebelum Olimpik. Saya juga akan cuba untuk meraih kemenangan di Terbuka Malaysia kali ini,” kata Chong Wei.

Prestasi semasa pemain nombor 3 dunia itu mula menjadi perbualan selepas tersingkir dipusingan awal di All England, tewas kepada pemain India B Sai Praneeth dipusingan kedua dan Terbuka India, tewas kepada pemain Hong Kong Wei Nan.

Chong Wei berpeluang untuk membalas dendam ke atas Wei Nan apabila kedua dua pemain ini akan bertemu di pusingan pertama pada hari Rabu.

“Ketika di Terbuka India, dia (Wei Nan) berikan tentangan yang hebat. Saya hanya mahu menumpukan terhadap persiapan diri sendiri dan akan berikan yang terbaik untuk perlawanan pertama nanti,” tambah Chong Wei.

Kejohanan Badminton SuperSeries Premium Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2016 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan 550 000 Dolar Amerika.

- Advertisement -