2016 celcom axiata Malaysia Open - logo W650xH230Oleh Ku Mohd Lufti

Meskipun baru berusia 18 tahun, namun anak muda dari Indonesia, Christie Jonatan sudah berjaya melakar sejarah tersendiri, melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Superseries Premium Terbuka Malaysia 2016.

Tiada siapa yang menjangkakan pemuda kelahiran Jakarta ini mampu melangkah jauh dalam penampilan sulungnya dalam saingan Superseries Premier.

Christie turun berdepan pemain England, Rajev Ouseph dipentas suku akhir melakar kemenangan straight set 21-19, 21-19 dalam masa 40 minit.

Set pertama, Jonatan seringkali ketinggalan dibelakang Rajev namun segalanya berubah ketika kedudukan terikat 17 sama.

Giliran pemain ranking ke 37 dunia ini mengorak langkah sekaligus meraih kemenangan di set pertama.

Senario yang sama berlaku di set kedua, Jonatan ketinggalan diawal permainan namun bangkit untuk menyamakan kedudukan sebelum menang 21-19 untuk mengesahkan slot ke separuh akhir.

Meskipun lawannya tampak lebih bertenaga selepas di beri Walk Over susulan penarikan diri pemain Jepun, Kento Momota yang menarik diri, namun Jonatan membuktikan beliau lebih layak untuk menang.

“Saya tidak menyangkakan kemenangan ini. Saya hanya fokus terhadap perlawanan. Dia (Rajev Ouseph) mempunyai kelebihan kerana berehat 1 hari. Tetapi ia bukan perkara utama kerana saya pernah kalah sebelum ini, tetapi hari ini, saya berjaya tewaskan dia,” kata Christie Jonatan.

Ini adalah pertemuan kedua Christie Jonatan dengan Rajev Ousiph dimana pertemuan sulung mereka adalah di Piala Sudirman tahun lalu, menyaksikan beliau tewas ketika diperingkat kumpulan.

- Advertisement -