Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mahu pemain pemain memanfaatkan sebaiknya tiga perlawanan antarabangsa termasuk Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jun.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan berdepan Nepal pada Ahad bagi aksi antarabangsa sebelum perlawanan timbal balik menentang Timor Leste pada 7 dan 11 Jun.
Pertemuan dengan Nepal yang menduduki ranking ke 161 dunia perlu dimanfaatkan dengan sebaik baiknya bagi memastikan Harimau Malaya tidak dikecewakan Timor Leste kelak.
“Kita perlu menang selesa tanpa dibolosi dan itulah pesanan saya kepada Tan Cheng Hoe dan pemain pemain. Dia (Timor Leste) akan cuba cari jalan untuk melakukan serang balas dan mencari kelebihan gol.
“Kadang kala kita rasa perlawanan mudah tetapi ia akan jadi sukar apabila terlalu teruja. Justeru saya berharap pemain pemain mengikut tempo kita dan tidak mencari gol kerana terdesak,”kata Hamidin
Rekod pertemuan kedua dua pasukan sejak 2003 tampak memihak kepada Harimau Malaya yang melakar empat kemenangan dan satu keputusan seri.
Datuk Hamidin turun menyaksikan sesi latihan skuad Harimau Malaya di UM Arena malam semalam dan turut dihadiri Timbalan Presiden, Datuk Wira Yusof Mahadi.
Dalam pada itu, Tan Cheng Hoe optimis pemain pemain sudah matang dan memahami kehendak yang perlu ditunaikan ketika menyarung jersi Harimau Malaya.
Meskipun terpaksa berkorban dan berjauhan daripada keluarga dan sanak saudara di mana perlawanna berlangsung ketika sambutan Hari Raya, Cheng Hoe menjelaskan, keutamaan pasukan adalah membeikan prestasi yang terbaik.
“Semua pemain tahu peranan sendiri dan sedia untuk memberi komitmen tinggi selain berjanji untuk memberikan persembahan terbaik.,”kata Cheng Hoe.
Malaysia muncul naib Juara Piala Suzuki AFF 2018 dan menduduki tangga ketiga ketika saingan Piala Airmarine 2019.