Skuad Harimau Malaya bakal berdepan tugas getir untuk mengharungi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila undian yang berlangsung pada hari ini menyaksikan Malaysia diundi dalam kumpulan G.

Menanti skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam kumpulan G, Emiriyah Arab Bersatu, UAE, juara Piala AFF 2018, Vietnam serta semifinalis, Thailand dan Indonesia.

Malaysia mara ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selepas membenam Timor Leste 12-2 pada Jun lalu.

Malaysia akan memulakan kempen Pusingan kedua kumpulan G menentang Indonesia pada 5 September sebelum berdepan UAE pada 10 September depan.

Malaysia tidak pernah melepasi peringkat ketiga bagi kelayakan Piala Dunia dan gagal melepasi peringkat kumpulan bagi saingan Piala Asia dimana kali terakhir Malaysia layak pada 2007 selepas layak atas kapasiti tuan rumah bersama Vietnam, Thailand, dan Indonesia.

- Advertisement -