KASMA DANIEL KASMAYUDIN

Five wins and the CP115 crown already in hand is not going to stop PETRONAS Yamaha Maju Motor rider Kasma Daniel Kasmayuddin from going after a final victory at the finale of the 2015 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship.

Scheduled to be held this weekend,November 20 and 21, at the Johor Circuit, the race is slated as part of the birthday celebrations for His Royal Highness the Sultan of Johor.

The young Johorian rider is eagerly looking forward to the race on his home ground. “I refuse to take things easy for the final round. If I were to win, I will dedicate that victory to the Sultan of Johor. It will be my birthday gift to my Sultan,” said Kasma.

Further, good results from the young rider will also contribute towards securing the team trophy for PETRONAS Yamaha Maju Motor. The Maju team currently holds a 20-point lead ahead of Motul Yamaha YY Pang in the CP115 category.

“All my team seniors are focused on the fight for the CP130 team title. So it is up to me to ensure that we win the double in the CP115 class – both the riders title and the team award,” said Kasma.

Entry for spectators to the final leg of the 2015 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship at the Johor Circuit is free for the public.

 
KASMA: HADIAH UNTUK SULTAN JOHOR
Meskipun telah meraih lima kemenangan dan bergelar juara keseluruhan CP115, ia masih belum cukup buat Kasma Daniel Kasmayuddin bagi menghadapi pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Litar Johor, Pasir Gudang, minggu ini.
Semangat pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor itu semakin memuncak berikutan perlumbaan terakhir ini berlangsung dihlaman sendiri, malah turut dianjurkan sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
“Meskipun telah mengesahkan gelaran sebagai juara keseluruhan, saya tidak memandang mudah perlumbaan minggu ini. Saya mahu meraih kemenangan bersempena Hari Kemahkotaan Sultan Johor pada Ahad ini. Saya mahu menghadiahkan kemenangan ini kepada baginda,” jelas pelumba berasal dari Skudai, Johor itu.
Selain itu, pelumba muda berusia 15 tahun itu turut mahu membantu pasukannya untuk memenangi Anugerah Pasukan Terbaik dimana ketika ini mereka sedang mendahului kedudukan keseluruhan dengan 192 mata, 20 mata mengatasi juara bertahan, Motul Yamaha YY Pang.
“Sepertimana pelumba senior pasukan yang bersaing untuk merebut gelaran CP130, saya juga mahu memastikan pasukan kami dapat membawa pulang kedua-dua gelaran dalam kelas CP115, juara individu dan juga berpasukan,” jelas Kasma.
Orang ramai dijemput hadir menyaksikan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Johor, 20 dan 21 November ini bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. masuk adalah percuma.
- Advertisement -