Saingan TNB Liga Hoki Malaysia yang dijadual bermula pertengahan Januari depan menjadi platform kepada pasukan hoki wanita Sabah untuk merangka pelan jangka panjang.

Bukan kejuaraan trofi dalam saingan TNB MHL 2021 yang diburu, tetapi skuad kendalian Yahya Atan lebih menumpukan persiapan untuk mengharungi Sukan Malaysia (SUKMA) ke 20 yang dijadual berlangsung pada 2022.

Barisan pemain yang terdiri daripada 9 muka baharu dan selebihnya pemain pemain yang dikekalkan akan dibentuk dengan sebaik mungkin.

Jelas pengurus pasukan, Ajin Wahid, pasukan ini telahpun dipersiapkan sejak tamat saingan SUKMA 2018 di Perak dimana mereka menaiki podium selaku pemenang pingat perak.

Justeru, barisan pengurusan Persatuan Hoki Sabah meletakkan pasukan ini mampu untuk sekurang kurangnya mempertahankan pingtat perak di SUKMA Johor nanti.

Penolong Jurulatih Sabah, Ibrisham Nadzri dalam pada itu turut mensasarkan pemain pemainnya mampu untuk mencipta kejutan dalam saingan TNB MHL 2021 kelak berdasarkan penilaian awal pasukan pasukan yang bertanding.

- Advertisement -