McDONALD’s tampil sebagai penaja Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN buat pertama kali dalam sejarah penganjuran temasya itu dengan menandatangani perjanjian sebagai penaja perak bagi Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada Selasa (25 April 2017).

Restoran makanan segera ternama yang sudah bertapak sejak 1982 di Malaysia itu, menjadi anggota terbaru dalam keluarga KL2017 dengan tajaan tunai antara RM1 juta hingga RM3 juta sebagai penaja perak Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9.

Penajaan itu menjadikan McDonald’s sebagai “Restoran Rasmi KL2017” dengan pembabitan secara langsung dalam Sukan SEA ke-29, Sukan Para ASEAN ke-9 dan juga acara promosi Larian Obor KL2017 yang bermula 13 Mei hingga 12 Ogos ini.

Biarpun sudah dikenali sebagai penaja utama Sukan Olimpik sejak 1976 di bawah program Rakan Olimpik (TOP),  penyertaan dalam Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 merupakan tajaan kali pertama dalam sejarah temasya dwi-tahunan terbesar Asia Tenggara itu. 

“Saya percaya dengan penajaan ini, McDonald’s bukan sahaja dapat mengukuhkan lagi jenamanya di rantau Asia Tenggara, malahan dapat menggunakan kekuatan mereka untuk menyatupadukan rakyat Malaysia seperti mana yang lakukan melalui produk makanannya,” kata Menteri Belia dan Sukan YB Brig Jen Khairy Jamaluddin pada majlis menandatangani perjanjian penajaan antara McDonald’s dan Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017 di Restoran McDonald’s di Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Seri Zolkples Embong menandatangani perjanjian bagi pihak MASOC manakala McDonald’s diwakili En Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi McDonald’s Malaysia.

YB Brig Jen Khairy mengalu-alukan penyertaan McDonald’s yang sememangnya amat sinonim dengan rakyat Malaysia, justeru secara tidak langsung mampu membantu mempromosi temasya ini dengan lebih aggresif.

Selain penaja Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9, McDonald’s akan terbabit dalam acara pra-temasya utama Larian Obor KL2017, yang akan menjelajah seluruh pelosok negara mulai 13 Mei ini.

“Ini termasuk membabitkan tiga hentian utama Larian Obor di tiga cawangan restoran McDonald’s di Johor, Pulau Pinang dan Putrajaya,”kata Brig Jen Khairy.

Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, En Azmir Jaafar nyata teruja dengan penglibatan syarikat itu dalam KL2017 sambil berharap dapat membantu melonjakkan semangat Bangkit Bersama menjelang dan pada temasya nanti.

“Penyertaan McDonald’s dalam KL2017 amat bermakna, dan kami mengajak rakyat berkunjung ke restoran sehenti kami untuk turut menzahirkan sokongan kepada para atlet ,”kata Azmi.  

Dalam perkembangan lain, YB Brig Jen Khairy yang juga Pengerusi MASOC turut mengumumkan jumlah rasmi penajaan keseluruhan KL2017 yang telah mencapai 87 peratus daripada sasaran keseluruhan RM80 juta.

Jumlah berkenaan meliputi 71 peratus daripada sasaran RM30 juta tajaan tunai manakala 99 peratus daripada sasaran RM50 juta bagi tajaan produk dan dan perkhidmatan.

Mengenai jadual pertandingan terbaru bagi semua acara pada KL2017 nanti, YB Brig Jen Khairy berkata ianya akan diumumkan pada Rabu (26 April).

Senarai baru pertandingan bagi acara Sukan SEA 2017 itu akan dikeluarkan ekoran perubahan tarikh bagi upacara penutup temasya yang dianjak awal sehari kepada 30 Ogos.

McDonald’s signs as silver sponsor, first foray into region’s biggest sporting extravaganza

McDONALD’S officially joined the SEA Games and ASEAN Para Games’ family for the first time following Tuesday’s (25 April 2017) signing as Silver Sponsor of the Kuala Lumpur 2017 Games scheduled in August.

McDonald’s, which has been in operation in Malaysian since 1982, became the latest official sponsor of the Games, with a contribution of between RM1 million to RM3 million which entitles the leading fast food restaurant to be the “Official Restaurant” of KL2017.

Apart from sponsoring the 29th SEA Games and 9th ASEAN Para Games, McDonald’s will be involved significantly in the KL2017 Torch Run which is set to traverse the length and breadth of the country from May 14 to Aug 12.

Despite being a long-time Olympic Games sponsor since 1976 under The Olympic Partner (TOP) programme, the Kuala Lumpur SEA Games and ASEAN Para Games will be the company’s first foray in the region’s biggest biennial sporting extravaganza.

“I believe this sponsorship will not only allow McDonald’s to further strengthen its branding in the Southeast Asia region, but also to utilise this strength to unite Malaysians just as it does through its food products,” Youth and Sports Minister YB Brig Gen Khairy Jamaluddin said at the sponsorship signing ceremony at McDonald’s restaurant in Putrajaya, on Tuesday (25 Apr).

Chief Executive Officer Dato’ Seri Zolkples Embong signed the agreement on behalf of MASOC while McDonald’s was represented by its Managing Director cum Operating Partner, En Azmir Jaafar.

YB Brig Gen Khairy welcomed McDonald’s commitment, saying that it would significantly help in the promotion of the Games as well as hyping up the upcoming pre-Games Torch Run event.

“Three McDonald’s restaurants in Johor, Pulau Pinang and Putrajaya will serve as pit stops for the KL2017 Torch Run which kicks off on 14 May in Johor Bahru,” he said.

McDonald’s Malaysia Managing Director, En Azmir Jaafar expressed excitement over the historical collaboration, saying that it would further promote the Rising Together spirit amongst its customers and Malaysians in general.

  Meanwhile, YB Brig Gen Khairy, who is also MASOC Chairman, announced that the overall sponsorship of KL2017 has now reached 87 percent of the targeted RM80 million.

This includes 71 percent of the targeted RM30 million in cash sponsorship and 99 percent of the RM50 million sponsorship in kind.

YB Brig Gen Khairy also said that the updated competition schedule of the 29th SEA Games, which now ends on Aug 30th 2017, will be announced on Wednesday (26 April 2017).

- Advertisement -