9th ASEAN Para Games KL2017 – Boccia Individual – Malaysia Fua Chee Keong vs Malaysia Teh Kar Wei

9th ASEAN Para Games 2017 - RIMAU MaskotSKUAD boccia lelaki Malaysia, Thailand dan Filipina melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Sukan Para ASEAN di MITEC pada Khamis (21 Sept).

Dalam suku akhir kategori Kelas BC1, Chew Wei Lun menewaskan Pornpheng Thong dari Kemboja 13-1 dan Lean Chin Kit mengalahkan Jeralyn Tan Yee Ting dari Singapura 4-1.

Atlet Thailand dan Filipina juga mara ke separuh akhir. Huadpradit Witsanu menang 11-1 ke atas Ng Pei Feng dari Singapura manakala atlet Filipina Joey Eriga De Lean menewaskan pemain Thai, Tipmanee Subin 9-4.

Dalam separuh akhir kategori BC2 pada Jumaat (22 Sept), atlet negara Mohd Syafiq Mohd Nor akan bertemu rakan senegara, Lee Chee Hoong manakala Saengampa Woranut dari Thailand menentang rakannya, Pachdee Boontep.

9th ASEAN Para Games KL2017 – Boccia Men’s Individual BC1 – Malaysia – Chew Wei Lun

Bagi suku akhir kategori BC3, kemaraan wakil Malaysia Teh Kar Wei disekat oleh Chaemchoi Ekkarat dari Thjailand 13-1 manakala seorang lagi wakil Thai, Poolket Pongsathorn menewaskan Lim Yu Fei Faye dari Singapura 10-2.

Dalam perlawanan BC3 lain, Visaratanunta Tanimpat dari Thailand seri 3-3 dengan Fua Chee Keong dari Malaysia.

9th ASEAN Para Games KL2017 – Boccia Individual – Malaysia – Lim Hock Lai

Atlet Thai mendominasi kategori B4 dengan kemenangan mudah ke atas lawan mereka di sukju akhir. Somsanuk Ritthikrai membelasah Lim Hock Lai dari Malaysia (16-0), Sukrithong Paweena menundukkan Nguyen Ba Voung dari Vietnam 8-1 dan Larpyen Pornchok membenam wakil Malaysia, Aminoor Farid Najuddin, 11-0.

- Advertisement -