Misi mustahil skuad bola tampar duduk

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/09/misi-mustahil-skuad-bola-tampar-duduk">
Twitter
Pinterest

 

Skuad bola tampar paralimpik negara menyuarakan keyakinan betapa mereka bersedia melakar kejutan di temasya Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017.

Jurulatihnya, Ahmad Musthakim Kamarukman berkata kelebihan beraksi di laman sendiri mampu dimanfaatkan skuad bimbingannya bagi menjelmakan pingat emas yang dinantikan selama ini.

“Bagi saya, inilah masanya untuk kita lakar kejutan tambahan pula kita punya kelebihan bermain di tempat sendiri walaupun kita sedar secara realistik agak jauh beza dengan pasukan Myanmar yang merupakan juara bertahan.

“Namun dengan persiapan selama setahun yang kita lakukan untuk Sukan Para Asean kali ini, saya berharap sasaran yang kita letakkan ini mampu direalisasikan.

Mengulas lanjut mengenai penggunaan lantai ‘taraflex’ bagi perlawanan sukan bola tampar duduk ini, Ahmad Musthakim berkata, “Ini adalah kali pertama kita menggunakan lantai jenis ‘taraflex’ dan kita juga telah jalani latihan bagi penyesuaian para pemain beraksi nanti.

“Dan kita berpuas hati dengan pengubahan baru ini kerana sebelum ini di mana-mana kejohanan yang dipertandingkan kita hanya menggunakan lantai jenis ‘addice tile’ dimana lantai jenis ini sedikit lincin berbanding dengan lantai ‘taraflex’ yang lebih sesuai dengan permainan sukan bola tampar ini,” katanya lagi.

Sementara itu, kapten pasukan bola tampar duduk negara, Harman Halion akui laluan untuk meraih pingat emas tidak mudah, namun beliau menegaskan pasukan bola tampar duduk mampu menyumbang pingat emas buat negara.

Harman yang menggalas tugas kapten kali kelima berkata, pasukannya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal dan tidak sabar menunjukkan kemampuan mereka beraksi di halaman.

“Pada saya, pasukan kami boleh katakan sudah bersedia dari segi mental dan fizikal namun kami sedar sasaran yang kami letakkan ini tidak mudah berikutan kita memasukkan separuh pemain baru kali ini tetapi saya harap pemain dapat menyesuaikan diri dan bertahan sehingga ke saat akhir,” kata Harman.

“Sebelum ini (Ogos lepas) kita ada juga bermain untuk perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Korea untuk Kejohanan Jemputan Bola Tampar Duduk Malaysia di Kg Pandan dan apa yang saya boleh katakan, kita mampu berikan saingan sengit kepada mereka,” katanya lagi.

Harman turut menjelaskan saingan sengit yang bakal pasukannya hadapi ialah Myanmar kerana Myanmar merupakan juara bertahan bagi sukan bola tampar duduk dan pemain Myanmar merupakan bekas tentera yang yang kehilangan kaki dalam peperangan. OLEH Husniyah Ghazali

 

Please follow and like us:
0