FIA Formula 4SEA janjikan saingan yang lebih kompetitif musim 2018

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/04/fia-formula-4sea-janjikan-saingan-yang-lebih-kompetitif-musim-2018">
Twitter
Pinterest

Selepas tamat saingan perlumbaan FIA Formula 4 Asia Tenggara bagi musim 2017, pihak penganjur tidak menunggu lama untuk kembali bagi memulakan kalendar 2018.

Saingan bagi musim 2018 tampak lebih mencabar apabila melibatkan lapan siri perlumbaan di tiga venue berbeza.

Promoter bagi F4 SEA yang ditaja sepenuhnya oleh PETRON, Peter Thompson nyata gembira dengan kelancaran perlumbaan bagi musim 2017 yang berakhir semalam.

“Secara keseluruhannya, matlamat kami dalam pernganjuran perlumbaan ini telah tercapai untuk membangunkan sukan ini di rantau Asia Tenggara khususnya meskipun berdepan cabaran khususnya faktor keadaan ekonomi semasa.

“Sudah tentu FIA gembira dengan perkembangan positif yang ditunjukkan dari rantau Asia Tenggara dan kami akan mempertingkatkan lagi usaha untuk mempromosikan kejohanan ini ke satu peringkat lagi,”kata Thompson.

Usaha badan induk permotoran dunia, FIA untuk memperkenalkan Formula 4 sebagai platform asas kepada pelumba untuk beraksi daripada perlumbaan go kart ke saingan jentera formula di seluruh dunia merupakan satu pendekatan yang efisien.

Musim 2018, pihak penganjur dengan kerjasama PETRON  akan memperkenalkan lapan siri perlumbaan di tiga venue berbeza bermula Julai.

Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi gelanggang pembuka dan penutup bagi saingan F4 SEA 2018 dimana empat perlumbaan akan diadakan iaitu pada 7-8, dan 13-15 Julai serta 23-25 November dan 1-2 Disember.

“Pelumba pelumba tidak perlu mengeluarkan banyak belanja untuk terbang ke venue seterusnya kerana mereka akan mengadakan sesi ujian dan perlumbaan dua kali sebelum ke destinasi seterusnya.

“Buat julung kali juga India akan diperkenalkan dan dijadikan sebagai venue perlumbaan pada bulan September sebelum ke Thailand pada Oktober,”kata Peter lagi.

Malah, kesemua perlumbaan F4 SEA ini akan ditayangkan secara langsung di laman sosial menerusi ‘live streaming’ untuk mempromosikan serta memperlihatkan saingan yang kompetitif di setiap venue.

Bagi musim 2018 Peter mensasarkan 18 pelumba untuk mengambil bahagian dan menjangkan penambahan pelumba dari semasa ke semasa.

Please follow and like us:
0