Jae Seo-Yujung hampakan Peng Soon-Liu Ying di Australia

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/05/jae-seo-yujung-hampakan-peng-soon-liu-ying-china-ungguli-aksi-perseorangan">
Twitter
Pinterest

Impian bergu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying untuk merangkul kejuaraan kedua tahun ini tidak kesampaian apabila tewas di pusingan final Terbuka Australia.

Turun berdepan gandingan yang diletak selaku pilihan kelima, Seung Jae Seo-Chae Yujung dari Korea, bergu negara tewas straight set.

Peng Soon-Liu Ying hanya mampu beraksi selama 46 minit sebelum tewas 12-21, 21-23.

Lain lain perlawanan, saingan final bergu lelaki melibatkan dua gandingan Indonesia memihak Berry Angriawan-Hardianto yang juga pilihan pertama kejohanan, menundukkan Wahyu Nayaka Arya Pangkaryanina-Ade Yusuf Santoso 21-9, 9-21, 21-15.

Bergu wanita turut menyaksikan bergu pilihan kedua dari Jepun, Ayako Sakuramoto-Yukiko Takahata melakar kemenangan straight set 23-21, 21-18 ke atas pasangan Korea, Ha Na Baek-Yu Rim Lee.

China pula menguasai acara perseorangan lelaki dan wanita menerusi Lu Guangzhu dan Cai Yanyan.

Lu Guangzhu muncul juara perseorangan lelaki selepas menundukkan rakan senegara Zhou Zeqi 21-8, 23-21.

Manakala Cai Yanyan tidak berdepan masalah untuk mengenepikan cabaran wakil Jepun, Ayumi Mine straight set 21-14, 21-13.

Please follow and like us:
0