#Biasiswa dan “Sesi Penilaian F1 McLaren” habuan pemenang utama

 

Pemandu muda China Daniel Cao melengkapkan musim 2017 dengan kejayaan manis dinobat sebagai Juara Keseluruhan selepas kejayaan membanggakan di sepanjang Kejuaraan Formula 4 Asia Tenggara FIA 2017 tajaan PETRON yang berakhir pada April lepas.

Pemandu muda Muizz Musyaffa dan Nazim Ahmad masing-masing turut menghadirkan kegembiraan buat peminat tempatan apabila meraih kedudukan ke-3 kategori Rookie Terbaik dan Pemanduan Terbaik pada Anugerah Gala Meritus 2017 dipersembahkan oleh PETRON yang berlangsung malam ini di Pusat Penyiaran All Asia Astro di Bukit Jalil di sini.

Bakat Muizz, 16, nyata menyerlah dengan dua kejayaan podium di litar Sepang pada pusingan akhir lepas. Bagi Muizz, kejayaan menjejaki pentas kejayaan malam ini pastinya menyuntik semangat baru untuk menghadapi musim baru 2018 yang lebih getir.

Nazim, 17, yang juga berlumba dalam saingan di Eropah, terpilih menjuarai kategori Pemanduan Terbaik selepas kejayaan manis memenangi pusingan pembukaan F4 SEA yang diadakan sebagai perlumbaan sokongan GP F1 pada Oktober 2017.

Selain Kejuaraan Keseluruhan, Cao juga meraih kejayaan berganda selepas memenangi kategori Lap Terpantas yang dicatat di Litar Antarabangsa Sepang.

Anugerah Gala MERITUS dianjurkan buat kali kedua sebagai meraikan dan memperakui pemandu muda terbaik yang bersaingpada Kejuaraan F4 SEA yang berlangsung selama lapan bulan merangkumi di Litar Sepang, Thailand dan Filipina.

Cao, yang menjuarai tujuan kejayaan podium sepanjang musim inimengetepikan cabaran pemandu Thailand Kane Shepherd dan pemandu muda Belgium Ugo de Wildeyang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga keseluruhan. Hasil kejayaan itu juga membolehkan Cao meraih 12 mata Lesen Super FIA.

Selain kedudukan kedua dalam kategori Kejuaraan Keseluruhan, Shepherd dinobat sebagai Rookie Terbaik mengetepikan saingan pemandu Jepun Hibiki Taira dan Muizz.

Dalam pada, hasil kejayaan cemerlang musim lepas, Muizz juga meraih kejayaan berganda apabila dianugerahkan ganjaran biasiswa untuk meneruskan usaha memajukan diri dalam sukan pemotoran.

 

F4SEA juga menghadiahkan berita gembira buat para pemenang utama dengan memberikan pwluang seumur hidup menyertai program “Penilaian F1 McLaren”, satu program yang dianjurkan pasukan F1 terkemuka dunia McLaren yang berpusat di Woking, Surrey, England. Program amat bernilai itu memberi peluang buat pemenang merasai pengalaman suasana sebenar F1 selain berpeluang dinilai kemampuan mereka sebagai pemandu masa depan F1.

Terdahulu, Promoter F4 SEA dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Auto Sport Action (AAA) Peter Thompson optimis dengan masa depan Kejuaraan F4 SEA. “F4 bukan setakat membantu melahirkan bakat baru pemandu muda di atas litar, tetapi juga bakat dalam bidang lain termasuk juruteknik, mekanik, jurutera, jurukamera, waratawan dan penerbit TV.

Anugerah Gala MERITUS diwujudkan untuk menghargai , menggalakkan dan memberi inspirasi kepada mereka yang berminat menjadikan sukan pemotoran sebagai karier. Bagi memastikan pertumbuhan mapan industri sukan pemotoran di Asia, kitaperlu mewujudkan karier dalam F4 serta program pembangunan yang lain,” kata beliau.

Ketua Peruncitan PETRON Puan Faridah Ali pula berkata: “Penajaan ini membantu kami mempromosi sukan pemotoran dengan giat di Asia selain membantu pembangunan pemandu muda menerusi satu platform khusus untuk mengasah bakat dan skil mereka. Kami berbangga dapat memainkan peranan penting dalam mengetengahkan bakat pemandu muda tempatan yang kini berjaya mempamerkan kemampuan dengan begitu cepat dalam F4 SEA.

Kami berharap menerusi penyertaan dalam kejuaraan ini, lebih ramai bakat tempatan dan serantau dapat diketengahkan bagi mewujudkan generasi baru barisan pemandu professional Asia. Adalah sesuatu yang amat membanggakan dapat menyaksikan mereka beralih kepada saingan formula yang lebih tinggi,” kata beliau.

Anugerah Gala anjuran Promoter F4 SEA dengan kerjasama PETRON sebagai Penaja Bahan Bakar dan Minyak Enjin Rasmi F4 SEA itu diwujudkan untuk menghargai usaha dan kejayaan bakat pelumba muda di rantau ini dalam saingan yang diiktiraf FIA. Pemandu dinilai daripada pencapaian dalam lima pusingan kejuaraan di Malaysia, Thailand dan Filipina.

SENARAI PEMENNG ANUGERAH
Juara Keseluruhan: Daniel Cao (CHN)
Ke-2 Keseluruhan: Kane Shepherd (THA)
Ke-3 Keseluruhan : Ugo de Wilde (BEL)

Juara Rookie: Kane Shepherd (THA)
Ke-2 Rookie: Hibiki Taira (JPN)
Ke-3 Rookie: Muizz Musyafa (MAS)

Lap Terpantas:
Sepang, Malaysia: Daniel Cao
Buriram, Thailand: Ugo de Wilde
Clark, Filipina: Daniel Cao

Pemanduan Terbaik: Nazim Ahmad (MAS)
“Recovery” Terbaik: Luke Thompson (IRL)
Bakat Harapan: Alessandro Ghiretti (MOR)
Jurutera Terbaik: Azizul Azfar
Mekanik Terbaik: Shah Effendy

- Advertisement -