Saingan bolasepak Kejuaraan Piala Konfederasi Bolasepak ASEAN (AFF) bakal memulakan saingan November depan.

Sembilan pasukan telahpun berada di dalam posisi masing masing bagi saingan peringkat kumpulan, hanya tinggal satu lagi slot akan disi diantara Brunei Darussalam atau Timor Leste.

Kedua dua pasukan akan beraksi esok dan 8 September depan untuk menentukan pasukan mana yang akan mengisi slot terakhir di kumpulan B.

Pengendali Brunei Darussalam, Kwon Oh Son optimis pasukannya mampu meraih kemenangan sekaligus mengisi slot terakhir untuk saingan kumpulan.

“Pemain pemain menunjukkan karakter yang baik dan mahukan kemenangan. Kami mula berlatih sejan 3 Jun lalu dan mengadakan latihan pusat serta beberapa perlawanan persahabatan melibatkan pasukan tempatan,”kata Kwon Oh Son.

Brunei mengesahkan slot ke saingan peringkat kumpulan hanya sekali pada 1996 dalam tujuh penampilan mereka sepanjang saingan Piala AFF.

Mengakui pasukan Brunei belum mencapai tahap dan standard yang tinggi, Kwon Oh Son turut mendedahkan perancangannya untuk meningkatkan lagi mutu permainan pasukan kebangsaan ini ke satu tahap yang lebih baik.

“Kami mahu meningkatkan mutu permainan Brunei dan caranya adalah melayakkan diri ke saingan peringkat kumpulan.

“Kami mahu menunjukkan kepad pasukan pasukan lain bahawa Brunei Darussalam mempunyai mutu tersendiri dan bukan pasukan yang boleh dijadikan sebagai pasukan belasahan,”kata Kwon lagi.

Dalam pada itu, pasukan Timor Leste tampak berdepan kesukaran susulan tempoh persiapan yang singkat.

Namun, Norio Sukitake yang mengambil alih pasukan kebangsaan Timor Leste mendedahkan beliau menghadapi kekangan masa untuk mempersiapkan pasukannya bagi menghadapi saingan ini.

“Kami hanya melakukan persiapan selama sebulan manakala liga domestik yang agak singkat. Tetapi saya mempunyai pemain pemain muda yang baik dan mereka telah pun beraksi di Sukan Asia serta kejohanan bawah 23 tahun.

“Lebih separuh daripada pemain berusia bawah 23 tahun dan ada juga beberapa pemain bawah 19 tahun. Justeru matlamat kami adalah memberi pendedahan kepada pemain pemain ini sebagai persiapan untuk masa akan datang,”kata pengendali Timor Leste, Norio Sukitake.

Tambah Sukitake lagi, beliau tidak mempunyai banyak maklumat mengenai pasukan Brunei, namun pembantu jurulatih Timor Leste menjadi rujukan pengendali kelahiran Jepun ini untuk mencongak strategi bagi perlawanan pertama malam esok.

Kapten Timor Leste, Jorge Victor Sabas mengharapkan pasukan muda yang dipilih tahun ini menimba sebanyak mungkin pengalaman yang ada untuk mempertingkatkan kemahiran serta membuktikan Timor Leste mempunyai barisan pemain yang berkualiti.

 

- Advertisement -