Pengendali skuad Bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee membuat keputusan disaat saat akhir apabila memanggil semula pemain pertahanan pasukan PKNS FC Rodney Celvin Akwensivie untuk menggalas cabaran Malaysia di Sukan Asia.

Kim Swee terpaksa membuat keputusan itu selepas pemain tengah Felda United Daniel Amier Norhisham mengalami kecederaan atas faktor kecederaan.

“Selepas berbincang dengan pihak doktor dan melihat keadaan Danial Amier pada latihan pagi tadi, kami mendapati yang kecederaan pangkal paha (groin) yang dialaminya mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang untuk pulih sepenuhnya.

“Jadi, memandangkan masa suntuk menjelang dua perlawanan awal bertemu Republik Kyrgyz pada Rabu (15 Ogos) dan Republik Korea pada Jumaat (17 Ogos), saya memerlukan pemain yang lebih cergas untuk diturunkan walaupun diakui posisi tengah agak kekurangan pemain,”kata Kim Swee menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.

Tambah Kim Swee lagi, keputusan ini dibuat kerana beliau memerlukan pemain pemain yang cergas susulan jadual perlawanan peringkat kumpulan yang ketat.

Skuad bawah 23 tahun negara akan memulakan saingan kumpulan E menentang Kyrgystan pada Rabu sebelum dijadual berdepan tugas getir, menentang Korea Selatan dua hari berikutnya.

“Jadi, memandangkan masa suntuk menjelang dua perlawanan awal bertemu Republik Kyrgyz pada Rabu (15 Ogos) dan Republik Korea pada Jumaat (17 Ogos), saya memerlukan pemain yang lebih cergas untuk diturunkan walaupun diakui posisi tengah agak kekurangan pemain.

“Tapi saya harus juga memikirkan secara keseluruhan pasukan yang mana kesemua 20 pemain yang dibawa ini harus berada dalam keadaan yang cukup baik dan cergas untuk diturunkan bila-bila masa,”kata Kim Swee lagi.

 

BIL NAMA UMUR PASUKAN
1. HAZIQ NADZLI – 20 – JOHOR DARUL TA’ZIM
2. DOMINIC TAN – 21 – JOHOR DARUL TA’ZIM
3. SAFAWI RASID -21 – JOHOR DARUL TA’ZIM
4. ADAM NOR AZLIN – 22 – JOHOR DARUL TA’ZIM
5. SYAFIQ AHMAD – 23 – JOHOR DARUL TA’ZIM
6. ADIB ZAINUDIN – 23 – JOHOR DARUL TA’ZIM II
7. HADI FAYYADH ABDUL RAZAK – 18 – JOHOR DARUL TA’ZIM II
8. BADDROL BAKHTIAR * – 30 – KEDAH
9. RIZAL GHAZALI * – 26 – KEDAH
10. IFWAT AKMAL CHEK KASSIM – 22 – KEDAH
11. AKHYAR RASHID – 19 – KEDAH
12. IRFAN ZAKARIA – 23 – KUALA LUMPUR
13. SYAZWAN ANDIK ISHAK – 22 – KUALA LUMPUR
14. FAISAL ABDUL HALIM – 20 – PAHANG
15. KOGILESWARAN RAJ – 20 – PAHANG
16. RODNEY CELVIN AKWENSIVIE – 22 – PKNS FC
17. NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT – 19 – KELANTAN
18. SYAZWAN ZAIPOL BAHARI – 23 – PERAK
19. TOMMY MAWAT BADA – 22 – PJ RANGERS FC
20. SYAHMI SAFARI – 20 – SELANGOR

 

- Advertisement -