Foto – FAM

 

Kekalahan kepada Arab Saudi dalam aksi pembukaan Kejohanan Bawah 19 Tahun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Bekasi Indonesia petang tadi bukan bermakna Malaysia beraksi hambar sepanjang permainan.

Ketua Jurulatih negara, Bojan Hodak tidak melihat kekalahan 1-2 sebagai memalukan kerana lawan Malaysia adalah satau pasukan terbaik dunia.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, Malaysia turun sebagai pasukan ‘under dog’, malah bermain dengan pasukan Arab Saudi yang merupakan kuasa besar di Asia.

“Saya tidak kecewa dengan pemain pemain kerana mereka bertarung sehingga minit ke 90 dan kami tidak memberi ruang mudah kepada lawan,”kata Bojan Hodak.

 

*Foto dan Audio – FAM

 

Tambahnya lagi, peluang untuk Malaysia melakar kejutan tetap ada, hanya ketumpulan penyudah sedikit sebanyak merencatkan matlamat itu.

Malah, pertahanan yang agak longgar juga dilihat sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh barisan kejurulatihan untuk meminimakan kesilapan pada perlawanan seterusnya.

Arab Saudi terlebih dahulu membuka tirai gol dalam aksi yang berlangsung di Stadium Patriot Chandrabhaga di minit 23 menerusi Turki Marwan Alammar.

Salleh Ahmed Alsaleem melebarkan kedudukan menjadi 2-0 untuk arab Saudi di minit 77.

Namun, Malaysia bangkit mengurangkan defisit gol 1-2 menerusi penyudah pemain penyerang, Muhammad Hadi Fayyadh di minit 87.

Malaysia akan berdepan Tajikistan pada 23 Oktober sebelum berdepan China pada 26 Oktober sekaligus melengkapkan jadual peringkat kumpulan D.

Anak didik Bojan Hodak perlu menamatkan saingan di kelompok dua teratas dalam Kumpulan D jika mahu mengesahkan slot ke suku akhir.  KU MOHD LUFTI 

 

 

Kesebelasan Utama

 MALAYSIA 

22. Azri Ghani (GK)

5. Anwar Ibrahim

2. Shivan Pillay

18. Syaiful Alias (C)

3. Ahmad Tasnim Fitri

17. K. Thivandaran

4. Zahril Azri

7. Nurfais Johari

8. Nik Akif Syahiran

10. Hadi Fayyadh.

Pemain Gantian : 1. Syakir Danial (GK), 6. Nabil Hakim Bokhari, 9. Arif Shaqirin, 11. Akhyar Rashid, 13. Izzuddin Roslan, 14. Azhar Apandi, 15. Feroz Baharudin, 16. Al Imran Halim, 19. Zafuan Azeman, 20. Ammar Akhmall, 21. Ramadhan Saifullah, 23. Shafiq Afifi (GK).

 

ARAB SAUDI :

2. Saud Abdullah Abdulhamid

4. Naif Mousa Almas

5. Hassan Mohammed Altambakti (C)

9. Feras Tariq Albrikan

10. Turki Marwan Alammar

11. Khalid Essa Alghannam

13. Muhannad Mustafa Alshanqiti

14. Mansor Faiez Albeshe

15. Faraj Abdullah Alghashayan

16. Hazim Hassan Alzahrani

22. Abdulrahman Anwar Alshammari.

Pemain Gantian : 1. Nawaf Saeed Alghamdi (GK), 3. Khalifah Adel Aldawsari, 6. Makhir Saleh Alrashidi, 7. Salem Ahmed Alsaleem, 8. Hameed Abdullah Alghamdi, 17. Ibrahim Hussain Mahnashi, 18. Abdulaziz Sulaiman Aldhuwayhi, 19. Safi Mohammed Alzaqarta, 20. Abdullah Alhamddan, 21. Mohammed Sultan Aldawsari (GK), 23. Abdulmohsen Alqahtani.

- Advertisement -