Lebih elok duduk bincang berbanding keruhkan lagi keadaan

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/01/247556">
Twitter
Pinterest

Lebih elok duduk bincang berbanding keruhkan lagi keadaanLebih elok duduk bincang berbanding keruhkan lagi keadaanMalaysia Football League (MFL) masih berharap kontroversi perpindahan Akhyar Rashid ke Johor Darul Takzim akan dapat diselesaikan secara pertemuan empat mata dan tidak dibawa sehingga ke peringkat Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS).

Menurut CEO MFL, Kevin Ramalingam, ia dilihat sebagai langkah terbaik untuk meredakan ketegangan malah menegaskan hanya melalui cara itu boleh memberi pemahaman lebih jelas kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA). 

“Saya harap akan ada perbincangan antara MFL, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan KFA bagi membolehkan kami meneliti secara jelas serta memahami bagaimana keputusan dibuat daripada membuat kenyataan secara terbuka.

“Ia perlu untuk menentukan apa yang betul dan apa tidak kerana sesetengah tindakan tampak seperti lebih kepada mensensasikan kenyataan atau reaksi kepada sesuatu berbanding mencari penyelesaian.

“Kami (MFL) sudah menelitinya dan ia isu yang jelas tetapi dengan sesetengah pihak cuba mensensasikan perkara ini, ia mengelirukan umum dan situasi sebenar tidak dinyatakan.

“Tiada keputusan boleh diambil tanpa mengikut peraturan dan faktanya sudah ada. Untuk bercakap tanpa fakta akan membunuh diri dan tiada keputusan dapat dibuat sebegitu (tanpa fakta). Jadi kami perlu duduk berbincang dan memastikan mereka (KFA) faham,” ujar Kevin. 

Kontroversi perpindahan Akhyar timbul setelah KFA mendakwa ada rundingan pintu belakang berlaku antara JDT dan Akhyar sehingga menyebabkan pemain itu meminta penamatan kontrak secara sebelah pihak.

Ianya diterima oleh FAM, tanpa langsung berbincang dengan KFA yang merupakan majikan pemain itu sekaligus menyaksikan pemain berusia 19 tahun itu bergelar ejen bebas sedangkan masih ada kontrak setahun sehingga November 2019 bersama KFA. 

Malah nilai pampasan latihan RM75,000 yang ditetapkan juga dianggap tidak berbaloi justeru sebagai mahu mempertahankan hak mereka, KFA bercadang membawa kes itu untuk dibicarakan di CAS. – OLEH MUHAMMAD AIMAN 

Please follow and like us:
0