Pasukan jelajah berbasikal yang berpengkalan di pantai timur bertaraf benua, Terengganu Cycling Team (TSG) meletakkan sasaran untuk mengekalkan kedudukan teratas dalam ranking bagi kategori Jelajah Asia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Pencapaian ini sekaligus membuka ruang kepada TSG untuk mendapat jemputan bagi perlumbaan di sekitar Asia, mahupun Eropah atau Afrika.

Pencapaian yang diraih TSG yang kini dikenali dengan Terengganu INC Cycling adalah yang kedua selepas pertama kali melakukannya pada 2012

Tidak kurang menarik, ranking TSG dalam jelajah dunia dimana pasukan yang dibimbing Jeremy Hunt menghuni tangga ke 35 dibelakang Rally UHC Cycling dari Amerika Syarikat.

Kapten TSG, Mohd Zamri Salleh selepas menjalani sesi latihan kem pada bulan Januari, misi pertama pasukannya pada awal tahun ini adalah perlumbaan Rondas Filipina (2.2) yang dijadual berlangsung pada 6 hingga 12 Februari sebelum ke Australia untuk menjalani latihan pusat serta menyertai sirkit tempatan. 

“Di Melbourne, ada tiga perlumbaan sirkit dalam seminggu. Sasaran untuk LTdL, sasaran adalah jersi kerana sebagai pelumba paling lama dalam arena berbasikal, saya mensasarkan podium bagi kemenangan peringkat,”kata Zamri.

TSG diperkenalkan secara rasmi termasuk barisan pelumba dan penaja semalam yang disempurnakan  Exco Sukan Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah di Kuala Terengganu.

TSG mendapat tajaan bernilai 8.3 juta ringgit daripada 23 syarikat terkemuka termasuk anak syarikat kerajaan negeri.

Sembilan pelumba anak tempatan diperkenalkan, selain enam pelumba import dari Rusia, Australia, Singapura, Eritrea Mongolia dan Algeria dibawah bimbingan ketua jurulatih, Jeremy Jonathan Hunt dari Great Britain.

Pemenang jersi kuning (keseluruhan) ketika saingan LTdL 2018, Artem Ovechkin, Metkel Eyob, Mara Erdene Batmunkh, Goh Choon Huat dan Drew Morey terus mendapat kepercayaan pengurusan TSG apabila dikekalkan musim ini.

Manakala Youcef Reguigui dari Algeria merupakan pelumba baru yang dibawa masuk TSG dimana kelibat pelumba berusis 29 tahun ini tidak asing di Malaysia kerana pernah melakar nama sebagai pemenang jersi kuning ketika  LTdL 2015.

- Advertisement -