A great view of Riocentro - Pavillion 4 at the first day of competitions. Photo Credit - Getty Images/Dean Mouhtaropoulos

Kejohanan Badminton Victor Far East Malaysia Masters akan diadakan di Sibu Sarawak bermula 17 hingga 22 Januari 2017.

Stadium tertutup Sibu akan menjadi venue bagi kejohanan ini dan telahpun menarik penyertaan pemain dari 17 buah negara, termasuk beberapa pemain ternama.

Namun, jelas Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Lawrence Chew, senarai pemain belum boleh diumumkan kerana penyertaan baru saja ditutup.

“Namun bagi Malaysia, penyertaan adalah terdiri daripada pemain-pemain ternama,” kata Lawrence Chew.

Kejohanan Badmintion Victor Far East Malaysia Masters akan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$120,000.

Katanya nama pemain akan diumumkan melalui seketariat kejohanan di sini selepas dimuktamadkan kelak.

Bagi Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah , penganjuran kejohanan badminton ini jelas memberi pulangan kepada Sibu yang bakal menjadi tumpuan peminat sukan badminton dalam dan luar negara dan merupakan acara pemula bersempena Tahun Melawat Sibu 2017.

“Penganjuran kejohanan ini meletakkan Sibu di peta kejohanan badminton dunia dan akan mampu menarik peminat sukan badminton dari dalam dan luar negara,” katanya.

Stadium Tertutup Sibu telah menjadi venue bagi acara badminton ketika Sukan Malaysia ke 18 Julai lalu.

Tiket akan mula dijual pada minggu pertama tahun depan di kedai sukan LEA Sports Centre dan kedai sukan lain yang akan diumumkan kelak.

Harga tiket adalah RM15 bagi dewasa dan RM7 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun (pada 17 dan 18 Jan); RM25 bagi dewasa dan RM12 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun (peringkat suku akhir 20 Jan dan separuh akhir pada 21 Jan); manakala harga tiket bagi perlawanan akhir pada 22 Jan adalah RM35 bagi dewasa dan RM17 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.

- Advertisement -