Prestasi yang positif selepas mengharungi dua perlawanan perimgkat kumpulan B Kejuaraan AFF Bawah 15 Tahun yang berlangsung di Thailand tampak tidak dijadikan kelebihan oleh pengendali skuad kebangsaan, P Maniam.

Kemenangan besar ke atas Brunei Darussalam dalam aksi pembukaan disusuli mata penuh selepas menundukkan Kemboja 2-0 yang juga kemenangan kedua berturut turut  meletakkan Malaysia dikedudukan teratas kumpulan B.

Namun, P Maniam berdepan satu lagi tugas getir apabila dijadual berdepan Australia dalam misi mengekalkan kedudukan selaku pendahulu untuk mengesahkan slot ke peringkat seterusnya.

“Kami banyak mencipta peluang ketika menentang Kemboja tetapi gagal menyudahkan dengan baik serta bahagian pertahanan yang perlu diberi perhatian,”Kata P Maniam.

P Maniam mengakui Australia mempunyai kekuatan fizikal dan bukan tugas mudah untuk berdepan mereka hari ini tetapi ia bukan bermakna pemain pemainnya sudah mengaku kalah.

“Australia mempunyai barisan pemain yang tinggi. Saya berharap pemain pemain mampu mengekalkan prestasi dan momentum kemenangan yang telah diraih sebelum ini dan mereka juga tampak bersedia untuk berdepan Australia,”katanya lagi.

Malaysia menerajui kumpulan B berdasarkan kelebihan jaringan, berkongsi enam mata dengan Thailand dan Australia yng turut mengekalkan rekod tanpa kalah selepas dua perlawanan.

- Advertisement -