Pemain pertahanan, Shahrul Saad mengharapkan dua lagi tonggak pertahanan, Aidil Zafuan dan Muhd Syazwan Andik cergas sepenuhnya sebelum sepak mula perlawanan timbal balik Piala Suzuki AFF 2018 di Hanoi bermula.

Perkhabaran gembira yang diumumkan Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe jelas dinanti nantikan Shahrul Saad yang telahpun bergandingan dengan Aidil dan Syazwan sejak aksi pembukaan lagi,

“Alhamdulillah kalau mereka pulih harap dapat bantu pasukan kerana kita tahu Aidil dan Syazwan antara yang memulakan perlawanan dalam peringkat kumpulan dan separuh akhir.

“Saya harap mereka dapat bersedia dan bersemangat untuk kembali ke final kedua,”kata Shahrul Saad.

Komen Shahrul Saad ketika sesi latihan Harimau Malaya di Hanoi

 

Pemain pertahanan Perak ini melakar nama selaku penjaring sekaligus membantu Malaysia menutup aksi final pertama diBukit Jalil dengan keputusan seri dua sama.

Mengulas mengenai keadaan cuaca sejuk, Shahrul tidak mahu terlalu memikirkan soal tersebut kerana matlamat utama adalah melakukan persiapan dan tidak hilang semangat

“Cuaca menang agak teruk tetapi ia tidak terlalu sejuk sangat macam di tempat lain, dan saya rasa pemain pun dah biasa dengan keadaan ini.

Saya harap pemain pemain ambil peluang untuk bermain di sini tidak kiralah cuaca atau bagaimanapun, kita akan tetap lawan mereka (Vietnam) cuma saya harap semangat juang seperti apa yang kita buat di Bukit Jalil di teruskan di sini (Hanoi).

- Advertisement -