Mohd Rizzua Haizad
Mohd Rizzua (kanan)

Oleh Ku Mohd Lufti

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia KOM, Datuk Karim Ibrahim menyindir kredibiliti jurulatih sepenuh masa di Bukit Jalil yang masih gagal untuk menghasilkan atlet yang berkualiti.

Sedangkan jurulatih yang juga merupakan guru berjaya mengharumkan nama Malaysia dipentas antarabangsa apabila berjaya membawa pulang tiga pingat emas, tiga pingat perak dan satu pingat gangsa di Kejohanan Olahraga Remaja Asia 2017 di Vietnam.

Emas disumbang Khairul Hafiz Jantan menerusi acara 100 meter lelaki, Kirthana Ramasamy (gambar utama) dalam acara Lompat kijang dan Mohd Rizzua Haizad Mohamad, acara 110 meter berpagar.

“Saya terkejut kemampuan jurulatih jurulatih sekolah yang mampu membuktikan berbanding jurulatih dari Bukit Jalil. Bukan mudah untuk melakar kemenangan di Kejohanan Remaja Asia.

“Walaupun ia hanya di peringkat remaja tetapi penyertaan dari negara kuasa kuasa besar seperti Jepun, Korea Selatan dan Qatar, tetapi Khairul Hafiz Jantan berjaya membuktikan kemampuannya, malah ia adalah hasil usaha jurulatih Mohd Poad Md Kassim,” kata Datuk Karim Ibrahim.

Ia memberi bayangan sukan olahraga di Malaysia tampak bakal menyinar selepas suram sekian lama tanpa sebarang pencapaian yang memberansangkan.

Persatuan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran dan Majlis Sukan Negara untuk memastikan kesinambungan program kepada atlet ini.

Malah, Karim turut member pujian kepada atlet atlet lain yang gagal meraih emas, kerana tetap berjaya memperbaiki rekod peribadi.

“Ramai atlet telah berjaya memperbaiki rekod peribadi walaupun tidak memenangi pingat, itu adalah perkara yang positif buat kita dan perancangan semua pihak adalah tepat,” kata Karim lagi.

Sementara itu, Karim akan mengadakan perbincangan dengan Majlis SUkan Negara (MSN) untuk memberi insentif kepada atlet atlet ini yang telah mengharumkan nama negara.

- Advertisement -