Human Voyage (M) Sdn. Bhd. (HVSB) merupakan syarikat yang menganjurkan banyak kejohanan lumba basikal dan salah satu kejayaan HVSB adalah dalam menganjurkan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada tahun 2015, 2019, 2020 dan akhir sekali 2022.

HVSB juga telah berjaya menaikkan nama dan imej LTdL dan Malaysia dengan liputan
media yang meluas serta menyiarkan perlumbaan LTdL ini secara langsung di
Eurosport seHap hari di 62 buah negara secara keseluruhan.

Pihak HVSB juga membawa kejohanan ini ke seluruh Malaysia dan buat julung kalinya LTdL telah dibawa ke Sabah dan Sarawak menerusi edisi LTdL 2020 dengan jayanya.

HVSB juga memberikan impak ekonomi yang Hnggi terhadap negara dan aliran
ekonomi ini berlangsung di seHap negeri yang dilalui sepanjang kejohanan ini
berlangsung.

Hasil kejayaan ini dapat menarik minat pasukan World Tour Team untuk datang dan edisi lalu telah menghimpunkan 6 pasukan handalan dunia untuk bertanding di LTdL.

Di bawah penganjuran HVSB juga class kategori LTdL telah dinaikkan daripada 2.0 Hors Class (HC) kepada UCI ProSeries pada tahun 2020. Ini merupakan pencapaian yang besar dalam penganjuran.

Walaupun pelbagai isu yang telah dibangkitkan sebelum ini, namun HVSB tetap memberikan perkhidmatan penganjuran yang terbaik terhadap kerajaan dan juga Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

HVSB juga sebelum ini pernah mengalami tarikh yang Hdak ada dalam kalendar UCI
sebulan sebelum acara berlangsung disebabkan penukaran tarikh oleh pihak
kementerian namun Hdak membatalkan penganjuran dan perjalanan LTdL itu sendiri.

Sepanjang HVSB menganjurkan LTdL sebelum ini, Hada isu langsung berkaitan dengan hutang terhadap mana-mana kontraktor mahupun pasukan, malah hadiah wang kemenangan juga telah dibayar kepada pasukan.

Malah, HVSB telah membayarkan hutang dari penganjur terdahulu dan perkara ini
Hdak digembar-gemburkan malah hingga sekarang Persekutuan Kebangsaan
Berbasikal Malaysia (PKBM) Hdak membantu apa-apa dalam hal ini. Kami juga sedang memperHmbangkan Hndakan undang-undang kepada pihak Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan juga presidennya atas kenyataan beliau selama ini.

PKBM seharusnya menjadi pemudah cara bagi pihak penganjur dan bukannya
menjejaskan imej di mana ia sama sekali akan menjejaskan penajaan terhadap LTdL itu sendiri.

HVSB sendiri telah melunaskan segala sancHoning fee yang tinggi, malah lebih
tinggi daripada yang dikenakan oleh Badan Berbasikal Antarabangsa (UCI) oleh pihak
PKBM selama ini.

Dipihak HVSB, kami memahami situasi kementerian dalam menyelesaikan baki
bayaran HVSB memandangkan situasi pasca pandemik serta peneliHan dokumen-dokumen menyebabkan ia mengambil masa sedikit dari segi pembayaran.

Disebabkan itu, HVSB mengambil langkah mendiamkan diri bagi menghormaH
perjanjian yang ada antara pihak HVSB dan juga pihak kementerian.

Sekian, terima kasih.

Shahaizereen A Hamid
Ketua Pegawai Operasi
28.07.2023

- Advertisement -