Konfederasi Hoki Malaysia mendapat pujian daripada pengurusan Hockademy selepas berjaya menepati janji untuk melunas wang kemenangan kepada pasukan itu.

Ia membuktikan sikap profesional KHM yang memberikan kerjasama sewajarnya kepada Hockademy untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

‘Pihak Hockademy percaya melalui pembayaran wang hadiah kemenangan itu dapat
membantu meringankan beban para pemain yang rata-ratanya terjejas akibat penularan
Covid-19 selain membuktikan MHC sentiasa prihatin dengan nasib pemain,’kata Hockademy menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Hockademy muncul juara Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 dan meraih serta meraih RM50,000 manakala RM15,000 selepas meraih gelaran naib juara Piala Vivian May Soars.

 

- Advertisement -