angels

Oleh Ku Mohd Lufti

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, KRM Datuk Wira Amiruddin Embi mengesahkan juara liga super KRM 2016, UPM Angels tidak akan dikenakan sebarang tindakan susulan penarikan diri daripada menyertai Piala Super KRM 2016 yang berakhir hari ini.

“Kita dapati mereka (UPM Angels) ada alasan yang sewajarnya. Mereka kehilangan pemain susulan kecederaan. Yang kedua ada juga yang ke Singapura untuk mewakili Malaysia di kejohanan Ragbi Antarabangsa Tujuh Sebelah Asia Tenggara 2016,” kata Amiruddin. 

Ketiadaan UPM Serdang Angles digantikan dengan pasukan NS Wanderers untuk melengkapkan 4 pasukan yang beraksi di Piala Super KRM 2016.

UPM Angles muncul juara Liga Super KRM 2016 selepas menundukkan KEris Conlay dipentas final.

KRM sebelum ini menggantung satu perlawanan kepada UPM Angels selepas didapati bersalah, kerana gagal menghantar 7 pemain mereka ke latiha pusat skuad kebangsaan.

Malah, UPM Angels telah melanggar perlembangaan Kesatuan Ragbi Dunia, klausa 16.2 dan 16.3 kerana tidak memaklumkan kepada KRM tentang aktiviti mereka bermain di luar negara.

- Advertisement -