Aksi bertenaga Dinesvaran Krisnan turut memberikan tekanan padu kepada pasukan UAE dalam pusingan ke-2 dalam Kejohanan Ragbi Asia 2015 ini. Kredit Foto – Sukandaily.com.my
Aksi bertenaga Dinesvaran Krisnan turut memberikan tekanan padu kepada pasukan UAE dalam pusingan ke-2 dalam Kejohanan Ragbi Asia 2015 ini. Kredit Foto – Sukandaily.com.my

MENDEBARKAN!!! Itulah situasi disaksikan hampir 500 para penonton yang telah hadir ke stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada perlawanan ke-2 menentang pasukan Kesatuan Arab Emirates(UAE) dalam Kejohanan Ragbi Asia 2015 (ARC 2015) yang telah berlansung pada hari Rabu lepas! Kehangatan perlawanan mula dirasai memandangkan pasukan lawan yang dibarisi oleh pasukan lawan adalah sebahagian para pemain neutralisasi warga Eropah yang beraksi gah sebelum ini. Namun gelanggang tetap dibuka tanpa gentar sebaik sahaja Mohd Syahir Asraf Rosli melakukan sepak mula. Seperti yang dijangkakan, untuk perlawanan kedua ini sememangnya pasukan kebangsaan menerima asakan sengit dari pihak lawan yang sentiasa mematahkan serangan demi serangan.

Menjelang minit ke-13, akhirnya sorakan gemuruh dari para peminat menggegarkan stadium setelah larian padu Atunasia Lacadamu Takubu dari tepi padang berjaya menumbangkan para pemain UAE mendapatkan kutipan mata try namun gagal untuk menambah kutipan mata melalui tendangan conversion. Pasukan UAE bagaikan tersentak dengan kutipan mata tersebut terus mengatur serangan demi serangan agresif dengan mendahului kutipan mata 12 berbalas 8 pada separuh masa pertama. Corak permainan UAE yang agak agresif di awal minit permainan berbanding sebelum ini seolah-olah memberi amaran sememangnya mereka ingin menang. Namun moral yang tinggi ditunjukan oleh para pemain kebangsaan di hadapan para penyokong untuk terus fokus memberi tentangan sengit tanpa sebarang melayan sebarang provokasi walaupun menyimpan kemas satu kad kuning.

Perlawanan terakhir menentang Thailand akan berlansung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada jam 0500 petang
Perlawanan terakhir menentang Thailand akan berlansung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada jam 0500 petang

Melihat corak permainan yang agak padat dan agresif, tanpa membuang masa Lee Nyuk Fah selaku jurulatih pasukan terus mengatur strategi baru yang memperlihatkan barisan anak buahnya berjaya mengucar-ngacirkan kubu lawan pada separuh masa ke-2. Penguasaan bola di atas padang mula seimbang namun hasil kesilapan kecil di kubu pertahanan membawa padah apabila sekali lagi pasukan UAE terus menambah mata lengkap. Namun semangat juang pasukan yang tetap membara untuk memberi tentangan sengit terus menambah tekanan kepada pasukan lawan setelah selang 5 minit kemudian berjaya merobek kubu lawan untuk menambah mata.

Pasukan UAE yang kian tertekan dan hilang fokus untuk mencipta serangan terus memberi kelebihan kepada pasukan kebangsaan untuk sentiasa bergasak di kawasan kubu lawan. Tanpa dijangka hasil asakan demi asakan padu akhirnya pada minit ke-18, akhirnya satu sorakan gemuruh memenuhi stadium memecah kebuntuan yang mendebarkan setelah Mohamad Aiman Jamaluddin berjaya mendapatkan jatuhan try yang penuh bermakna. Tanpa membuang masa terus menambah mata melalui tendangan conversion yang disudahkan oleh Mohamad Syarif Sudin sekali gus menambah tekanan kepada pihak lawan apabila ketinggalan satu mata di belakang.

Berbaki minit-minit terakhir, pasukan lawan yang sentiasa cuba mengumpan untuk pasukan kebangsaan melakukan kesilapan namun tidak berhasil. Akhirnya, sebaik wisel tamat permainan ditiupkan oleh Just Wang selaku pengadil dari Singapura sekalu gus pasukan kebangsaan berjaya mengikat mata perlawanan sebanyak 20 berbalas 19 dan sekali lagi hadirin para penyokong memberikan tepukan & sorakan gemuruh tanda sokongan padu mereka!

Mengulas perlawanan tersebut, Lee Nyuk Fah selaku jurulatih pasukan berkata “Seperti mana yang dijangkakan corak permainan pasukan lawan, sedikit sebanyak persediaan kami sebelum ini dapat mengekang mereka untuk terus membenam kita walaupun menang tipis. Saya amat berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh para pemain yang bermati-matian menentang pasukan lawan walaupun di awalnya kita ketinggalan sebanyak 11 mata. Namun akhirnya berjaya mengutip mata demi mata dan terus mengikat tanpa sebarang tambahan mata dari pihak lawan.”

Berbaki satu perlawanan menentang pasukan Thailand nanti, sudah pasti memberi sinar harapan kepada pasukan negara untuk terus memperbaiki tangga kedudukan dunia dan sekiranya memperolehi kemenangan seterusnya sekali gus mencipta rekod tanpa sebarang kekalahan sepanjang kempen Kejohanan Ragbi Asia 2015 ini dan terus layak ke divisyen satu.

Asakan bertenaga dari pasukan Chinese Taipei(biru) sekaligus memastikan pasukan Thailand terus kalah berturut-turut dalam saingan kempen Kejohanan Ragbi Asia 2015 ini. Kredit Foto – Sukandaily.com.my
Asakan bertenaga dari pasukan Chinese Taipei(biru) sekaligus memastikan pasukan Thailand terus kalah berturut-turut dalam saingan kempen Kejohanan Ragbi Asia 2015 ini. Kredit Foto – Sukandaily.com.my

Sebelum itu, pada perlawanan pertama pusingan ke-2 ini, pasukan Chinese Taipei(Taiwan) telah menewaskan pasukan Thailand dengan kutipan mata sebanyak 29 berbalas 24.

Kejohanan yang berprestij ini akan terus berlansung di Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MPPJ) bakal menyaksikan perlawanan terakhir di antara pasukan negara menentang pasukan Thailand pada jam 0500 petang. Para penonton dijemput hadir untuk memberikan sokongan padu di mana masuk ke stadium adalah percuma. – Sukandaily.com.my

 

Jadual Kejohanan Ragbi Asia 2015 – Pusingan Akhir

16 Mei 2015(Sabtu):
0300 Petang – Kesatuan Arab Emirates(UAE) vs Chinese Taipei(Taiwan)
0500 Petang – MALAYSIA vs Thailand

- Advertisement -