fa.cup

Oleh Ku Mohd Lufti

Turun dengan status pasukan pilihan di pentas Final Piala FA tidak banyak mengganggu pemikiran pengendali JDT, Mario Gomez.

Malah bagi Mario, beliau hanya menerapkan semangat mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan yang diharungi.

Selain suntikan semangat susulan aksi mantap dalam saingan Liga Super, kejayaan JDT yang mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan peringkat kumpulan Piala AFC juga perlu dipandang serius PKNS FC.

Pastinya dua pencapaian ini merupakan amaran awal kepada PKNS FC, JDT mampu dilandasan terbaik untuk pulang ke selatan tanah air dengan status juara Piala FA 2016.

Malah, perubahan dan keputusan yang dilakar oleh JDT sepanjang dibawah kendalian Mario Gomez bukan mudah untuk dijelmakan oleh pasukan lain dalam kancah Liga Malaysia.

“Setiap perlawanan adalah penting untuk kami termasuk liga super, piala FA dan piala AFC. Saya akan turunkan pemain pemain berbeza dalam setiap perlawanan kerana saya tahu kemampuan pasukan. Pemain pemain saya adalah yang terbaik.” Kata Mario Gomez.

Malah, Mario Gomez tidak gentar akan ulasan pemain import PKNS FC, Juan Manuel Cobelli yang tahu cara permainannya, pengendali kelahiran Argentina ini tidak hanya memfokuskan seorang pemain sahaja dan menganggap kesemua pemain yang akan diturunkan kelak sebagai bahaya.

- Advertisement -