sabah piala tun

sabah piala tun 2

Oleh Ku Mohd Lufti

Juara bertahan, MISC  dan naib juara, Sabah melangkah ke pusingan separuh akhir pada hari keempat saingan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2016 di Universiti Utara Malaysia (UUM) walaupun masih berbaki satu perlawanan.

Kemenangan besar 9-0 dilakar Sabah dalam saingan Kumpulan A menyaksikan skuad kendalian Smith M Ampuling mengekalkan rekod tanpa kalah dengan mengumpul 12 mata maksimum di tangga teratas diikuti pasukan Selangor yang tumpas 1-0 kepada pasukan Negeri Sembilan, manalala Sarawak dan ATM terikat 1-1.

Sementara itu, di bawah bimbingan Ananthan M Raman, MISC berjaya menempah tiket separuh akhir setelah menumpaskan Kuala Lumpur 4-1 untuk mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus sekaligus kekal di kedudukan teratas saingan Kumpulan B dengan 12 mata maksimum.

Kedah pula naik satu kedudukan ke tangga kedua selepas menundukkan pasukan tangga kelima, Perak 1-0, manakala Pahang  mencatat kemenangan 4-0 ke atas Pulau Pinang.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN 

KUMPULAN A

 

SABAH 9

Nurul Azurin Mazlan 10’ 12’ 20’ 62’

Yasrika Laura Tumas 25’

Shereilynn Elly Pilus 28’ 48’

Nur Athirah Farhanah Zairi 55’

Jaciah Jumilis 59’

PERLIS 0

 

SARAWAK 1

Syamimi Ibrahim 51’

ATM 1

Nur Atikah Abdul Wahab 43’

 

SELANGOR 0

NEGERI SEMBILAN 1

Ainsuraya Jamil 30’

 

KUMPULAN B

 

MISC 4

Sihaya Ajad 10’

Haindee Mosroh 17’ 68’

Marlia Basri 61’

KUALA LUMPUR 1

Malini Nordin 32’

 

PULAU PINANG 0

PAHANG 4

Raziah Kahyom (gs) 1’

Puteri Noralisa Wilkinson 5’ 6’

Norsuriani Mazli 43’

 

KEDAH 1

Noor Hartini Jasni 56’

PERAK 0

- Advertisement -