azizul

Susulan kejayaan pelumba trek negara Azizul Hasni Awang meraih pingat gangsa dalam acara keirin awal pagi tadi, Yayasan Sime Darby, YSD bersetuju untuk memberi ganjaran wang tunai RM 100 000.

 Perkara tersebut diumumkan pengerusi YSD, Tun Musa Hitam menerusi satu kenyataan media hari ini.

“Dia ( Azizul Hasni) telahpun melakukan yang terbaik dan kami berbangga dengan pencapaiannya. Walaupun berlaku gangguan ketika di final, dia tidak mengalah sehingga ke akhirnya.

“Dia layak untuk mendapat pingat itu selepas berusaha keras dan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian Azizul.” kata Tun Musa Hitam.

Tambahnya lagi, pujian juga turut diberikan kepada jurulatih, John Beasly dan barisan kejurulatihan yang memastikan kejayaan Azizul Hasni.

Selain habuan RM 100 000, YSD juga turut mengumumkan Biasiswa ‘Bintang’ bernilai RM 456 000 untuk Azizul meneruskan pengajian di peringkat ijazah di Universiti Victoria di Melbourne , Australia.

- Advertisement -