Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) ibarat mendapat durian runtuh apabila pengeluar pakaian sukan, PUMA sah menjadi penaja rasmi jersi skuad kebangsaan bermula 2021.

Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal menjelaskan wakil PUMA, Active Sports Centre  tampil sekaligus mahu menjai sebahagian daripada keluarga KHM.

“KHM telah memeterai perjanjian persefahaman bersama Active Sports yang merupakan wakil bagi PUMA. Perjanjian selama tiga tahun bermula 2021 sehingga 2023 dengan nilai tajaan bernilai RM 1.5 juta.

 

“Kesemua pasukan kebangsaan akan menggunakan jersi PUMA dan ia merupakan suntikan semangat buat pemain pemain kerana ia akan digunakan ketika saingan Trofi Juara Juara Asia yang dijadual berlangsung pada penghujung tahun ini,”jelas Subahan Kamal.

Tambah Subahan lagi, pelancaran jersi tersebut dijangka akan diadakan pada Oktober dan ia bukan sahaja digunakan oleh skuad senior lelaki, tetapi turut melibatkan skuad kebangsaan wanita dan skuad remaja.

 

Pengurus Active Sports Centre, S Murugeson memilih sukan KHM memandangkan sukan hoki antara yang popular di Malaysia, malah prestasi The Speedy Tigers yang tidak boleh dipandang ringan.

“Pemilihan untuk menaja KHM dan pasukan kebangsaan kerana mereka antara pasukan yang bertaraf dunia dan berada dikelas tersendiri selain mempunyai peminat peminat yang tersendiri. 

“Justeru, tiada alasan buat kami untuk tampil sekaligus muncul sebagai penaja,”kata Murugeson ketika sidang media pengumuman PUMA sebagai penaja KHM di Bukit Jalil pagi tadi.

 

 

 

 

- Advertisement -