Skuad badminton negara menggamat Komplek Sukan Muntinlupa apabila membolot tiga daripada lima pingat emas pada hari ini.

Emas pertama hadir tanpa diduga oleh pemain perseorangan wanita negara, S Kisona yang turun berdepan Ruselli Hartawan, nyata bukan tugas mudah.

Meskipun jurang ranking yang jauh S Kisona tetap mampu melakar kejutan sepanjang saingan.

Ruselli dipaksa bertarung sehingga ke mata deuce di set pertama sebelum menang 22-20.

Kisona yang mengejutkan pemain pilihan Nitchaon Jindapol di separuh akhir bangkit dengan permainan yang konsisten untuk menang 21-14 di set kedua sebelum memastikan kemenangan di set penentuan 21-13 sekaligus membutirkan emas pertama dalam acara perseorangan.

Mengikuti jejak S Kisona, perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang memastikan kemenangan straight set 21-18, 21-18 ke atas wakil Singapura, Loh Kean Yew untuk membutirkan emas kedua untuk Malaysia.

Melengkapkan emas untuk Malaysia, bergu lelaki Aaron Chia/Soh Wooi Yik yang bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk melakar kemenangan 18-21, 21-15, 21-16 ke atas gandingan dari Thailand,Bodin Isara/ Jongjit Maneepong.

Terdahulu aksi bergu campuran, pasangan Goh Soon Huat/Shevon Lai Jamie tewas 19-21, 21-19, 21-23 ke atas gandingan Indonesia, Jordan Praveen/ Melati Daeva Oktavianti untuk berpuas hati dengan pingat perak.

Manakala tiga lagi bergu negara, Ong Yew Sin, Teo Ee Yii, Vivian Hoo, Yap Cheng Wen dan Chow Mei Kuan, Lee Meng Yean masing masing berpuas hati dengan gangsa selepas tewas di peringkt separuh akhir

 

 

- Advertisement -