Walaupun masih segar dengan kejayaan merangkul Pingat Emas Temasya Sukan SEA 2023, kini Pasukan Remaja Lelaki Kebangsaan perlu melupakan seketika detik manis tersebut kerana tumpuan sepenuhnya perlu diberikan pada Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 yang akan membuka tirai 23 Mei hingga 1 Jun 2023 di Salalah Oman.

20 Pemain Remaja Lelaki Kebangsaan akan berlepas ke Oman, esok, (19 Mei – Jumaat) bagi menyertai kejohanan tersebut dengan enam pemain yang dibawa merupakan pemain yang tidak berada di dalam Skuad Sukan SEA 2023, baru-baru ini.

Menerusi undian yang telah dijalankan, Malaysia berada di dalam Kumpulan B bersama  Bangladesh, Korea, Oman serta Uzbekistan dan Pasukan Negara akan membuka tirai kejohanan pada 23 Mei (Selasa) bertemu Uzbekistan jam 9:45 malam (waktu Malaysia).

Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 merupakan aksi kelayakan ke FIH Hoki Piala Dunia Remaja 2023 dengan tiga lagi slot bagi Benua Asia untuk ke Piala Dunia Remaja Kuala Lumpur, menjadi taruhan selepas Malaysia terlebih dahulu telah layak beraksi selaku tuan rumah.

Jelas Ketua Jurulatih Pasukan Remaja Kebangsaan, Muhamad Amin Rahim, walaupun Malaysia telah layak beraksi di Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia, Kuala Lumpur 2023, kejohanan ini akan digunakan oleh pasukannya sebagai salah satu siri persiapan bagi menghadapi Piala Dunia Remaja 2023.

“Pasukan harus turun dengan persembahan yang baik pada kejohanan ini agar kami barisan kejurulatihan dapat mempersiapkan satu pasukan yang mantap pada Kejohanan Piala Dunia Remaja 2023 nanti.

“14 pemain yang telah mempunyai pengalaman beraksi di Sukan SEA baru-baru ini antara pemain yang mempunyai sedikit pengalaman beraksi di kejohanan yang berintensiti tinggi. Sementara enam yang saya tinggalakan untuk berlatih bersama Skuad Senior Kebangsaan juga mempunyai kelebihan yang tersendiri dan kejohanan ini juga antara platform bagi mereka membuktikan kemampuan masing-masing.

“Barisan pemain ini juga merupakan wajah-wajah yang bakal menggalas tanggungjawab besar untuk Negara pada kempen Piala Dunia Remaja 2023.

“Saya berharap pengalaman dan pendedahan yang dimiliki oleh pemain yang beraksi pada Sukan SEA tempoh hari akan digunakan dengan sebaik mungkin.

“Momentum yang telah dipamerkan pada Sukan SEA baru-baru ini harus dikekalkan untuk memastikan pasukan turun dengan persembahan yang terbaik pada Kejohanan Piala Remaja Asia 2023,” jelas beliau.

Berikut merupakan senarai 20 pemain Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan yang akan menggalas tugas di Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia 2023, Salalah, Oman.

NO NAMA POSISI
1. Mohamad Rafaizul Mohamad Saini Penjaga Gol
2. Muhammad Danish Afnan Mohd Faizal Penjaga Gol
3. Muhammad Faris Harizan Pertahanan
4. Perabu Tangaraja Pertahanan
5. Azmilmuizzuddin Misron Pertahanan
6. Wan Muhammad Najmie Ahmad Dzaib Pertahanan
7. Andywalfian Jeffrynus Pertahanan
8. Muhammad Danish Danial Abdul Wahab Tengah
9. Alfarico Lance Liau Jr Tengah
10. Muhammad Addy Jazmi Jamlus Tengah
11. Muhammad Danish Aiman Khairil Anuar Tengah
12. Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari Tengah
13. Muhammad Amirul Aiman Ariffin Tengah
14. Muhammad Khairul Norizam Tengah
15. Shahmie Irfan Suhaimi Penyerang
16. Mohammad Harris Iskandar Osman Penyerang
17. Mughni Mohamad Kamal Penyerang
18. Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini Penyerang
19. Muhammad Syamim Naim Abd Hamid Penyerang
20. Che Nur Aqilrullah Che Mohd Khairulzi Anwar Penyerang

 

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan Pasukan Remaja Lelaki Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia 2023, Salalah, Oman.

NO TARIKH MASA (GMT +4)

(WAKTU MALAYSIA)

PERLAWANAN
 

1.

 

23 MEI / SELASA 9:45 MALAM MALAYSIA LWN UZBEKISTAN
2. 25 MEI / KHAMIS 7:30 MALAM MALAYSIA LWN BANGLADESH
 

3.

 

27 MEI / SABTU 1:00 TENGAH HARI MALAYSIA LWN KOREA
4. 30 MEI / SELASA 12:00 TENGAH MALAM OMAN LWN MALAYSIA
5. 31 MEI / RABU 9:30 MALAM SEMI FINAL (1ST POOL A vs 2ND POOL B)
12:00 TENGAH MALAM

(1 JUN / KHAMIS)

SEMI FINAL (1ST POOL B vs 2ND POOL A)
6. 1 JUN / KHAMIS 9:30 MALAM TEMPAT KE-3 / KE-4
12:00 TENGAH MALAM

(2 JUN / JUMAAT)

FINAL

 

- Advertisement -