#Nur Aisyah raih emas ketiga sejak SUKMA 2014

Terengganu menepati ramalan untuk mengungguli acara berbasikal lebuh raya di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 kali ini.

Acara lebuhraya membuka tirai hari ini menyaksikan dua emas berjaya diraih dalam ujian masa individu.

Lebih menarik, Nur Aisyah Mohamad Zubir melakar sejarah apabila menjadi satu-satunya pelumba basikal wanita yang meraih pingat emas tiga kali berturut turut sejak 2014.

Acara yang berlangsung di Arena Square, Batu Kurau, kayuhan bertenaga Nur Aisyah memastikan catatan masa 44 minit 57.316 saat dalam acara ujian masa individu wanita gagal dicabar pelumba lain sekaligus meraih emas.

mempamerkan tunggangan bertenaga dalam kategori ujian masa individu (lebuhraya) apabila mencatat masa terpantas 44 minit 57.316 saat sekali gus meraih emas pertama buat kontinjen Terengganu.

Rakan seperjuangan, Nurul Najihah Inani A. Aziz meraih pingat perak selepas mencatat masa kedua terpantas dengan 47 minit 30.954 saat sementara pingat gangsa menjadi milik pelumba Wilayah Persekutuan, Yeong Zhen Yi yang melakukan catatan masa 49 minit 29.641 saat.

Untuk rekod, pada Sukma 2016 di Kuching, Sarawak, Nur Aisyah mendominasi lima emas menerusi acara ujian masa individu dan berpasukan, lepas beramai-ramai individu dan berpasukan serta kriterium.

Emas kedua Terengganu disumbang Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff yang mempertahankan pingat yang dimenanginya dua tahun lalu di Sarawak menerusi acara ujian masa individu lelaki.

Aiman mencatat masa 43 minit 53.128 saat untuk memastikan pingat emas menjadi miliknya, mengatasi seorang lagi pelumba Terengganu Muhammad Shaiful Adlan Mohd Shukri di tempat kedua untuk mengutip pingat perak dengan catatan masa 44:52.161s.

Pingat gangsa diraih pelumba dari Selangor, Muhsin Al Redha Misbah dengan catatan 45:35.035s.

 

- Advertisement -